Monday, December 31, 2012

Tahun baru niat pun harus diperbaharui,diri juga harus diperbaiki...

Assalamualaikum.....Alhamdulillah ana masih diberi kesematan oleh allah untuk menghirup udara,melakukan ibadah,dan juga untuk menulis blog ini....Bagi ana cepat je masa berlalu sedar-sedar dah masuk tahun 2013.... Ana pun dah semakin tua...hisk2..Hah ana nak cakap...Kalau tahun baru mesti ramai orang akan perbaiki rumahlah supaya nampak baru,beli kereta baru lah, macam-macamlah...

Tapi yang semua tuh tak penting pon kalau tak ada pon tak apa,...Yang terpenting ialah kita hendaklah perbaiki niat kita,perbaiki diri kita..Kalau tahun lepas kita ini jenis orang yang malas,penipu dan suka buat benda yang tak berfaedah...kita ubah lah supaya jadi orang yang berguna..Macam orang selalu kata tuh (BUKA BUKU BARU)...Atau pun ("Buang yang keruh ambil yang jernih").....

Setiap manusia itu mesti akan buat kesalahan ..itu memang lumrah manusia ..tak boleh nak lari dari kesalahan  ..Tapi dari kesalahan yang lalu itu kita mestri ambil pengajarannya.. Dan jangan ulangi lagi..

Ana cakap ini untuk diri ana dan juga untuk semua manusia.....wassalam.....Perbaiki diri,perbaiki niat("Buang yang keruh ambil yang jernih")....   =D ^_^...

Tuesday, December 25, 2012

Biawak yang beriman(PELIK TAPI BENAR)

Assalamualaikum...Hari ini ana nak ceritakan satu cerita tentang biawak yang beriman...

Diriwayatkan oleh Ibn khathir dalam al-Bidayah wan - nihayah bahawa al-baihaqiy menceritakan dari Abu mansur Ahmad bin Ali al-damghaniy dari daerah Namin di Baihaq ,dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a:

Rasulullah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arb Badwi dari bani Sulaim ke hadapan Rasulullah.beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir yang ditangkapnya , dan bercadang untui membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiri nabi, maka dia terus mendekati nabi lantas berkata: 'Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yangterdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu  wahai Muhammad! kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam , putih dan merah serta selainnya!

umar al-khattab menjadi marah lalu bangkit dan berkata: "wahai nabi !! biarlah saya mengakhiri hidunya...!!!"
nabi s.a.w tenang menjawab permintaan umar: , Wahai umar tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampit diangkat menjadi nabi?"

nabi kemudiannya berkata kepada Arab badwi : " Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian?sepatutnya engkau menghormatikudalam perhimpunan bersama sahabat-sahabatku!!!"

Arab badwi itu tidak mahu menglah lalu berkata:" demi tuhan latta dan Uzza!! aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamua,"katanya sambil mengeluarkan biawak itu ke hadapan Nabi s.a.w.

nabi muhammad memanggil biawak itu, . kedengaran biawak itu menjawab dalam bahasa arab yang boleh didengari dan difahami oleh semua orang yang berada disitu."ya wahai Nabi s.a.w.

nabi bertanya kepada siapakah engkau beriman? jawab biawak itu: " Saya  beriman kepada tuhan yang berda di langit , di bumi itulah kekuasaannya , dan dilautan itulah jalannya, dan disyurga itu rahmatnya, dan dalam neraka itu azabnya..

Tanya nabi lagi kepada biawak: aku ini siapa wahai biawak?

Jawab si biawak: Tuanadalah utusan allah,yang memiliki sekalian alam ! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan dan amatlah binasa bagi orang yang mendustakan tuan!!

mendengar kata-kata biawak itu arab Badwi itu lantas berkata: Wahai muhammad !! sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci , tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku dan diriku sendiri..kemudian beliau mengucapdua kalimah shahadah...

ok..sampai sini sahaja ...wassalam..

Sunday, December 23, 2012

Jenazahnya dilindungi tebuan berbisa ( PELIK TAPI BENAR)

Assalamualaikum...Hari ini ana nak kongsi sebuah cerita sahabat Rasulullah s.a.w ...Kisah ini ana baca dari buku solusi 3( Impak dosa) ...mungkin siapa yang sudah baca buku solusi isu 3 dia akan tahu cerita ini..

Asim bin Thabit r.a merupakan seorang sahabat yang gagah dan mempunyai keazaman yang tinggi. Sebelum meletusnya perang uhud Nabi s.a.w  bertanya kepada para parajurit muslimin, "Bagaimanakah kamu akan berperang nanti?"

Asim bin Thabit tampil seraya berkata : Apabila musuh telah hampir 100 kaki maka panahlah yang paling sesuai digunakan . Apabila mereka lebih hampir dengan kita tentulah lembing akan berperanan menghancurkan mereka. Jika jarak telah menjadi lebih dekat selepas itu hanya pedang yang akan menyelesaikan mereka!

Mendengar kata-katanya yang penuh semangat itu, Nabi s.a.w bersabda.: maksudnya : "Sesiapa yang ingin berjuang, hendaklah dia mencontohi Asim Bin Thabit ...

Apabila meletusnya perang Uhud, seperti yang dijanjikan kepada Rasulullah s.a.w Asim keluar umpama singa garang yang kelaparan.. Dalam kegawatan perang itu , asim berhasil membunuh anak-anak lelaki Sulafah binti Sa,ad yang bernama Musafik, Kilab dna al-Julas. Pembunuhan yang dilakukan terhadap tiga beradik ini membangkitkan rasa marah diikuti dengan dendam ibu mereka untuk menuntut bela. Si ibu berikrar memberikan ganjara kepada sesiapa yang berjaya membunuh pembunuh putera-puteranya itu.

Perang unud yang berakhir dengan seribu kenangan dan pengajaran buat umat islam telah berakhir, lalu nabi s.a.w mengutus tentera seramai enam orang diketuai oleh Asim bin Thabit. Ketika rombongan tentera berada di pertengahan jalan tidsak jauh daripada makkah, kaum Huzail yang tinggal di kawasn itu, dan belum memeluk islam mengepung mereka.

Asim bersama tentera islam yang lain tidak ada pilihan melainkan berjuang mempertahankan diri. Golongan musyrikin Huzail menjanjikan keselamatan terhadap mereka jika mereka bersetuju menyerah diri.Namun Asim bertegas untuk mempertahankan diri. Katanya : Pada pandanganku , Aku tidak akan menyerahkan diri ku kepada orang Musyrik."

Asim memulakan serangan disertai dua orang sahabatnya .. Manakala yang lain menyerah diri.. Setelah berjuang habis-habisan bagaika singa yang kelaparan , ketiga-tiga orang sahabat ini ,termasuk Asim, gugur sebagai syahid..mush islam telah melakuakan tiga orang yang menyerah diri dengan seburuk-buruk layanan..

musuh-musuh tidak menyedari bahawa  salah seorang yang dibunuh itu adalah Asim yang diharapkan-harapkan ramai musuh untuk membunuhnya.

Sebaik sahaja berita kematian Asim tersebar ke kawasan berdekatan , datanglah utusan Quraisy dari makkah, yang terletak berdekatan dengan tempat pembunuhannya , meminta agar kepala Asim diserahkan kepada Sulafah bagi memenuhi hajat dan dendam kesumat yang berseran di lubuk hati Sulafah,terhadap pembunuh anak-anak lelakinya.

Berebut-rebut kaum Arab daripada suku HUZAIL untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan itu. Sampai berdekatan dengan Jasad Asim, mereka ingin memenggal kepalanya itu terkejut melihat ribuan lebah dan tebuan padang pasir menghurung jasadnya, seolah-olah mempertahankan sarangnya daripada penceroboh..Setelah berusaha pelbagai cara menghalau lebah dan penyangat itu, akhirnya mereka berehat menanti hari gelap dengan harapan serangga itu akan meninggalkan jasad itu menjelang malam, tiba-tiba turunlah hujan yang sangat lebat sehingga kawasan yang gersang menjadi lurah dan sungai yang deras.Keesokan harinya  suku huzail masih cuba untuk mendapatkan kepala Asim untuk diserahkan kepada Quraisy tetapi mereka dapati jasad Asim telah tiada dibawa arus air...

Wassalam..
mari kita renungkan  bersama betapa hebatnya Allah untuk menjaga sahabat nabi s.a.w./....menjaga orang yang menegakkan agama islam....

Monday, December 10, 2012

rindu....

Rindu...Bila boleh jumpa??....Itulah pertanyaan yang ana tanya pada diri ana..Ana rindu dekat seseorang yang telah pergi selama-lamanya...Bila boleh jumpa??? .... Tak tahulah..In sha Allah kat syurga nanti...
Ana rindu kat arwah umi ana ...Dia telah pun kembali ke rahmatullah...Pada 31.10.2010..

Ada lagi orang yang ana rindu iaitu sahabat -sahabat dan ustaz ustazah yang telah mengajar ana.....

Wednesday, December 5, 2012

Temuduga pelajar untuk memasuki Maahad Tarbiyah Islamiah Al-ansar (2013)

Assalamualaikum...hmm....Temuduga untuk kemasukan pelajar ke maahad tarbiah islamiah al-ansar (2013) baru sahaja selesai pada hari Sabtu yang lepas( 1.12.2012) ,....Ingatkan dah tak ada dah lepas ni..Tapi ada lagi sekali ...Kerana atas permintaan ramai..Maahad Tarbiyah Islamiah Al-ansar akan mengadakan temuduga yang terakhir pada hari Khamis( 6.12.2012) pada pukul 9.00 pagi.....

wassalam...

BELATUK.......(KISAH HUD-HUD)..

Assalamualaikum...Hari ini ana nak cerita kan pada korang kisah Hud-Hud pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Seperti yang kita semua tahu Nabi Sulaiman ini telah diberi mukjizat oleh allah iaitu beliau boleh berbicara dengan haiwan dan jin.. Tapi hari ini ana bukan nak cerita pasal Nabi Sulaiman, tetapi ana nak cerita pasal burung belatuk( hud-hud) pada zaman Nabi Sulaiman..

Kisah Hud-Hud Pada Zaman Nabi Sulaiman a.s.

Ketika itu, semua angkatan tentera nabi sulaiman a.s. baik binatang, jin, dan manusia semuanya ada di situ.Kecuali Hud-Hud.. Dia terbang kelelahan pulang. Pulang-pulang saja, terus ditanya oleh Nabi Sulaiman kenapa dia lambat?.

Lantas diceritakannya , dia terbang hingga ke sebuah negeri bernama Saba'. Semua penduduknya menyembah matahari termasuk rajanya, seorang perempuan yang bernama Balqis. Terpancar kepimpinan mulia Nabi Sulaiman yang tidak menghukum sebelum mendengar penjelasan. Dan terpancar kejujuran dan kegigihan Hud-Hud untuk menyampaikan apa yang dilihatnya. Akhirnya, Puteri Balqis memeluk agama yang dianuti Nabi Sulaiman kerana sikap Hud-Hud itu.

Kalaulah hud-hud itu manusia beruntungnya dia kerana dia menyebabkan seorang raja dan seluruh penduduk negeri Saba' memeluk islam. Besarnya jasa Hud-hud yang cuma seekor burung...

ok..Cuma ini sahaja yang ana nak share ngan korang semua...Maklumat ini ana dapat dari hasil pembacaan buku yang ana baca semalam..in sha allah nanti ana share lagi ape2 maklumat yang ana baca untuk korang semua...Bye... wassalam..

Tuesday, December 4, 2012

Berkongsi ....

Assalamualaikum...HAri ini ana nak share sikit ngan korang semua ......Baca tau jangan tak baca!!!!!

Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat. dan kami jadikan malam sebagai pakaian. ~ An- Naba' 78: 9-10

Malam itu damai sekali, Bayu dingin yang berhembus cukup mendamaikan hati. Benarlah kata orang...bahagia letaknya di hati...Tengoklah orang kaya...kalau kaya sangat pun dok risau kjan harta dia orang ken acuri..Duk rasa tak cukup lagi..Lepastu orang yang miskin pulak, hari-hari mengeluh kenapa dia miskin.Kenapa allah tak buat dia jadi kaya? Dan benarlah bahagia itu cuma ada apabila kita rasa cukup, rasa bersyukur dengan apa yang Allah jadikan untuk kita...

Monday, December 3, 2012

BOIKOT PRODUK ISRAEL!!!




Assalamualaikum...HAri inia ana bukan nak cakap panjang lebar pon..Ana cuma nak cakap pasal benda yang perlu kita semua boikot sebab benda tuh semua ada kena mengena dengan israel..Produk israel..

Sunday, November 25, 2012

Sebelum Tidur...

Assalamaualaikum..Hari ini ana nak cakap pasal pesanan Rasulullah sebelum kita semua tidur..

Sebelum tidur, Rasulullah pernah berpesan pada Saidatina Aiyah..:Ya aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu;


  1. Khatam Al-qur'an 
  2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
  3. Membuat para muslim meredhai kamu
  4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.


Bertanya Aisyah:

ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara itu dalam satu masa?

Rasulullah tersenyum sambil bersabda:


  • Jika engkau tidur bacalah surah Al-ikhlas 3 kali( maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan al-qur'an).
  • Dan bacalah selawat kepadaku dan para nabi sebelumku ( maka kami semua akan memberi syafaat kepada mu pada hari kiamat).
  • Dan beristighfarlah pada para muslimin ( maka mereka semua akan meredhai kamu).
  • Dan memperbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir(  maka ia seolah-olah kamu telah melakukan ibadah haji dan umrah.)

                                                                          -MAFHUM DARI HADIS  -



marilah kita bersama-sama melakukan 4 perkara ini sebelum kita tidur..



Saturday, November 24, 2012

Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar..

Assalamaualaikum...Hmm..Maahad Tarbiah Islamiah al-ansar ini ialah sekolah yang diurus oleh ayah ana..Tetapi, ayah ana bukan pengurus pertama ..Pengurus pertama ialah Ustaz zakaria..Beliau telahpun kembali ke rahmatullah..

                                               
                                                  Arwah Ustaz Zakaria Al-ansari..



                                           
                                             Yang memakai baju berwarna merah itu ialah Ustaz Rosazli..(pengurus 2)



Ana bukannya nak cakap pasal latar belakang maahad ni..Sebab ana pun bukannya tahu sangat..Maahad ini juga ada menubuhkan sebuah kumpulan nasyid iaitu kumpulan shababul Ansar..




Sebenarnya ana nak cakap pasal temuduga..Sesiapa yang berminat untuk memasukkan anak-anak mereka kesini.. Maahad akan mengadakan temuduga untuk kemasukan tingkatan 1 pada 1.12.2012..

Lagi satu..Sesiapa yang ingin mengadakan sebarang majlis/ kenduri dan ingin menjemput kumpulan nasyid anda boleh menjemput kumpulan shababul ansar ..untuk sebarang pertanyaan..

Anda boleh menghubungi:

u.Rosazli: 0193391702

Ujian, Masalah, Dugaan..

Assalamualaikum...Semua...Ana nak cakap pasal ujian atau sewaktu dengannya..

Semua manusia tak boleh lari dengan ujian yang telah ditentukan oleh allah..Memang semua manusia akan ada ujian yang mereka perlu hadapi..Samaada mudah atau sukar.. Allah turunkan ujian mengikut kemampuan kita..Segala dugaan dan masalah yang ada dalam hidup kita adalah ujian daripada allah untuk mengampunkan segala dosa-dosa kita..

Tak semestinya orang yang susah sahaja yang ada masalah..Orang yang senang juga akan mempunyai masalah..Diantara masalah orang yang susah dan juga senang ialah..:  Masalah orang susah ialah untuk mendapatkan duit untuk menyara kehidupan mereka.. Dugaan bagi orang yang senang pula ialah mereka perlu menahan nafsu mereka daripada terus menguasai diri mereka dengan apa yang mereka perolehi., contohnya menahan diri mereka dikuasai oleh sifat bongkak dan juga suka merendahkan orang lain.

Memang kita tak boleh nak elak diri kita daripada menghadapi sebarang ujian.. Apabila kita ditimpa ujian kita hendaklah memperbanyakkan doa dan mendekatkan diri kita kepada allah .Kita hendaklag berdoa supaya allah berkan kita kekuatan dan juga jalan untuk kita selesaikan masalah itu..

Tapi,, janganlah waktu kita susah je kita nak dekatkan diri kepada allah, jangan waktu kita ada masalah je kita betul-betul berdoa siap dengan solat hajat segalanya..Kita hendaklah setiap masa mendekatkan diri kita kepada allah.. Maksud ana bukannya setiap masa kita nak kena duduk atas sejadah solat je..Bukan itu maknanya..Maksud ana kita hendaklah mendirikan solat 5 waktu sehari samalam, selau baca al-quran, selalu berzikir dan membuat amal kebajikan yang lain..

Setakat itu je yang ana boleh kongsi dengan korang semua..Ana harap korang tunggu lagi sebarang post yang ana akan hantar ...ana sayang korang..ok..bye waalaikumussalam..

Thursday, November 22, 2012

Ibu oh Ibu..

Terdapat sepasang suami isteri serta anak mereka yang seramai 4 orang tinggal di rumah teres 2 tingkat..Anak sulung mereka berumur 9 tahun, anak kedua berusia 7 tahun, anak ketiga berumur 5 tahun dan anak ke empat berumur 3 tahun. Si Ibu mengandungkan anak yang ke lima. Usia kandungannya sudah 7 bulan dan doktor menjangka dia akan bersalin pada bulan 10.2010. Ketika itu mereka sekeluarga sibuk membeli dan mengemas perkakas-perkakas untuk bayi yang akan dilahirkan tidak lama lagi.. 

2 bulan kemudian...

Apabila usia kandungan si ibu sudah masuk 9 bulan dan hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka sudah hampir . Si ibu ditahan di  Hospital selama seminggu sebelum dia melahirkan anak.. Dia ditahan dihospital kerana anak dalam kandungannya songsang..

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba....

Si ibu terpaksa dibedah kerana anak yang didalam kandungan songsang.. Si ibu melahirkan anaknya pada 19.10.2010..Anak nya selamat dilahirkan tetapi si ibu dimasukkan ke dalam wad ICU kerana ketika dia dibedah air ketuban masuk dalam salur darah..Ketika dia bersalin anak-anaknya berada di rumah kawannya di putrajaya..Apabila ayah mereka mengambil mereka pada hari Isnin dan dibawa ke Hospital..Mereka amat terkejut kerana diberitahu bahawa ibu mereka masuk ke dalam wad ICU dan tidak sedarkan diri.Adik-beradik itu pulang ke rumah nenek mereka bersama mak cik mereka..

Pada 30.10.2010  mereka pulang semula ke rumah mereka..Dan keesokan harinya mereka dijaga oleh jiran yang mengasuh adik mereka..Pada petang itu mak cik mereka yang tinggal di kelantan iaitu kakak kepada ibu mereka mengatakan bahawa  ingin membawa adik-beradik itu ke Hospital untuk melawat ibu mereka..Kerana ibu mereka dalam keaadan nazak..Sesampainya disana mereka adik-beradik menangis apabila melihat  keaadan ibu mereka..

Mak cik mereka( Kakak kepada si ibu) membawa mereka pulang ke rumah untuk berehat dan juga membersihkan diri..Di dalam perjalanan mereka menerima panggilan dari ayah mereka yang mengatakan si ibu sudah kembali ke rahmatullah...Air mata mereka berjujuran..sekarang mereka sudah kehilangan ibu yang mereka sayangi...

Pada pukul 12 lebih jenazah sampai di rumah..Dan pada malam itu semua adik-beradik si ibu datang ke rumah mereka..

Keesokannya....

Jenazah siap dikebumikan dalam pukul 11 pagi..Anak sulung mereka begitu sedih dengan kematian itu.. Selepas beberapa bulan ayah mereka kahwin dengan sahabat si ibu itu..Ayah mereka kahwin kerana mereka masih kecil dan memerlukan kasih seorang ibu...Betapa besar jasa ibu untuk setiap anak-anaknya..

....

buat novel???? boleh ke???

Assalamualaikum...semua..hari ini ana nak cakap pasal diri ana sendiri...Tajuknya macam kat atas tuh lah...

Ana teringin sangat nak jadi penulus novel..Mak ana kata cubalah buat E-novel...Maksud E-novel tuh ialah kita tulis dan kita post kat blog...Pastu sambung sampai cerita yang kita nak sampaikan tu habis..tapi..Ana boleh je cuma tak ada idea nak tulis apa selalu juga ana fikir...Tetapi susah sangat nak dapat idea tuh...Ana tanya ayah ana ..Ayah ana kata tulis lah pasal kehidupan ana dari ana kecil sampai ana dah besar sekarang ini..Tapi..susah jugaklah..Dulu kan ana ada penyakit..Bukannya ana ingat sangat pon..Nak reka ayat bagi sedap pon susahlah sikit..Nanti kalau ana buat pastu ayat nya macam yang sekarang ana tulis ni tak bestlah nak baca...

Ana harap kalau korang semua anda  benda yang boleh dikongsikan dengan ana kongsi tau!!!! Kalau da cadangan pon kongsi jugak tau...berkongsi- kongsi apa salahnya kan??


Ok,,bye,,...selamat malam semua..jangan lupa baca doa sebelum tidur tau!!!!Waalaikumussalam..

Tuesday, November 20, 2012

Sambungan Peristiwa seterusnya...

Assalamualaikum/.....Hari ini ana nak sambung peristiwa seterusnya.

Peristiwa 2:

Temuramah bersama tentera yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform Pejuang Hamas berwarna hijau!!!!...
Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3:

Tentera yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata dan tidak tahu siapakah yang melakukannya...??!!!!

Peristiwa 4:

 Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarahn iatu anggota tentera mereka sendiri.!!! Ia berpatah balik!! Allahuakbar !!!


Peristiwa 5:

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran ia...Israel..

Peristiwa 6:

Yang paling menakjubkan seorang ulama syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata: Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?, lalu baginda menjawab : Aku mahu berperang di Gaza ...

Itulah serba sedikit kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadil Usyaz Abdul Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan ..ini adalah kisah benar yang perlu umat islam ketui...


ok ..bye semua...Waalaikumussalam...

Monday, November 19, 2012

kita senang tetapi sahabat seagama kita dalam kesusaha...

Assalamualaikum...Ana rasa korang mugkin dah tau ana nak cakap pasal apa...hmmm...Tapi walaupun korang dah tau pon ana tetap akan beritau...Ana nak cakap pasal sahabat seagama kita yang berada di Palestin sekaran yang mengalami kesusahan kerana setiap hari mereka akan diserang oleh tentera zionis yang tak berperikemanusiaa. Tentera zionis membunuh orang-orang palestin tak kira tua atau muda..Sekarang tercatat jumlah orang yang syahid dan yang tercedera...Ramai antara mereka ialah kanak-kanak yang tidak ada sebarang dosa...

Anak-anak kecil yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam oleh tentera zionis tanpa rasa belas kasihan...Semoga roh mereka semua aman disyurga .....


Marilah kita amalkan qunut nazilah ini untuk saudara kita yang berada di palestin...

Ada satu peristiwa yang ana ingin kongsi dengan korang semua..Peristiwa ini terjadi di Palestin..Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Al-Fadil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslim Malaysia yang telah pergi ke gaza pada 20-31 Januari yang lalu..
Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau disana:

Peristiwa 1:


seorang ketua mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahwa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin

menyuruh pejuang supaya tidak menembak kereta kebal yahudi yang memasuki kawasan mereka, Dengan

berbekalkan baki 6 rpg, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebuat. dan memusnahkan

ia. . Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang mengatakan yang mereka tidak

melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis

adegan aneh itu, para pejuang mendapati  baki 6 Rpg itu masih tidak digunakan.Dan siapakah yang

menembak tentera laknatullah itu.? Allahuakbar....Banyak lagi peristiwa nih...Inshaallah...Nanti ana akan sambung...


Bye ....Assalamualaikum..

Sunday, November 11, 2012

1 JABBAR....2012...






Nih semua kawan-kawan yang sekelas dengan ana waktu form1....Waktu nih waktu time Bahasa Inggeris semua orang bawak laptop sebab kiteorang semua kena buat blog..itu markah PBS kite orang...=D

Friday, November 9, 2012

Awak Semanis Red Velvet...

Assalamualaikum...kawan-kawan yang saya hormati dan saya sayangi sekalian...semalam saya dah kongsi cerita dengan kawan-kawan pasal novel saranghaeo Arumi..Arini ana nak cerita kan pasal satu lagi cerita...Syoklah gak ...baru je habis baca..sehari satu buku novel...tak de benda nak buat cuti-cuti nih so, baca bukulah tambah ilmu...Sebab ana bercita-cita ingin menjadi seorang doktor dan juga penulis novel...Kalau dengar mesti rasa susahkan..Tapi, kalau ada semangat tak ada masaalah...Huh panjang pulak bercelotehkan...Ok...Kita mulakan sekarang..

Watak  dalam buku nih ialah....izzul Iskandar ,Aireen ,Fifi, Dahlia ,Reen,Marina, Gwen...

Aireen bekerja sebagai perancang perkahwinan...Manakala Izzul ialah seorang chef pastri dan kek...dia mengambil alih syarikat keluarganya yang telah didirikan selama 20 tahun..


Aireen ialah seorang yang Anti-lelaki..dan dia juga tidak tahu kenapa kebanyakan pelanggannya suka menempah Kek Red Velvet buatan Chef Izzul..Padahal baginya kek itu tidaklah sedap sangat...Arumi juga adalah seorang yang cerewet...Tetapi akibat permintaan pelanggannya dia juga terpaksa pergi ke bakeri itu untuk menempahnya...Ketika itu dia ingin memesan kek Red Velvet untuk pelanggannya yang ingin berkahwin iaitu Cik Maria...Sebelum dia pergi ke Bakeri itu dia telah terlebih dahulu membuat temu janji bersama Chef Izzul...Keesokannya dia pergi ke bakeri itu..tetapi Chef Izzul agak lambat kerana dia perlu menyiapkan kerjanya terlebih dahulu....Aireen naik darah dan mengata yang chef Izzul itu tidak proffesional....dan pada hari itu Aireen tersalah memberitahu Izzul tarikh perkahwinan Cik Maria....Perkahwinan Cik Maria ialah 15 bukannya 18....bermula daripada itulah mereka mengetahui rahsia masing-masing...: Aireen tidak pandai memasak dan Izzul pula rabun malam....sejak daripada itulah mereka menjadi kawan baik walaupun selalu bertekak...Mereka amat bahagia tetapi, kebahagiaan mereka itu hanya sementara kerana kedatangan kawan rapat Izzul iatu Marina telah menggangu mereka...Marina telah merosakkan hubungan persahabatan mereka kerana dia tidak mahu Izzul menyukai Aireen...dia mahu Izzul menjadi kekasihnya...Pelbagai cara yang dibuat oleh Marina..sehingga Aireen melarikan diri ke Johor dan berkerja di tadika...Semenjak ketiadaan Aireen Izzul menjadi seorang yang tidak kemas dan sentiasa melakukan kesilapan ketika membuat kek...Sehingga suatu hari Gwen menanyakan perkara yang berlaku kepada Chef Izzul .....Gwen mencadangkan supaya Izzul mencari Aireen dan menceritakan hal sebanar kepadanya...Mula daripada situlah mereka berbaik semula..kalau korang nak tau lebih lanjut...bacalah yer...boleh pesan kat ana...k...bye..uhibbufillah....Selamat bercuti untuk semua pelajar sekolah....Buatlah benda yang faedah ketika waktu cuti nih tau,...jangan bazirkan masa...k...wassalam'alaik

Thursday, November 8, 2012

Saranghaeyo, Arumi!

Assalamualaikum....Hari ini ana nak cerita tentang isi di dalam buku ini..Ana baru je lepas habis baca buku ini...

Watak utama dalam buku ini ialah Aiyani dan Arumi...

Aiyani ialah anak sulung kepada 3 orang adik beradik dia seorang anak yatim,dia kehilangan ayah nya iaitu leftenan Hanin......Aiyani mempunyai sahabat baik iaitu Niyaz yang selalu bersama Aiyani...Mereka berkawan dari kecil...

Arumi juga adalah seorang anak yatim...Dia kehilangan ibunya iaitu Puan Sri Zahra..Dia meninggal ketika Arumi berusia 12 tahun..Dia meninggal akibat mengidap kanser rahim..Arumi ialah seorang anak jutawan dan ayahnya ialah pemilik syarikat AISY group..iaitu Tan Sri Arami..Tetapi, Arumi tidak suka orang mengetahui yang dia seorang anak orang kaya..Kerana dia tidak mahu ada orang yang menyukainya kerana harta...Dia mempunyai kawan yang menyimpan rahsianya itu iaitu ...Danish,Rida dan juga Haris..Mereka juga sama macam Arumi seorang anak orang kaya dan juga jutawan tetapi merahsiakannya..

Aiyani mula bertemu dengan Arumi di ASIC ketika dia terlanggar Arumi kerana ingin cepat ..Kerana ketika itu ialah perjumpaan para junior yang baru masuk ke ASIC ...Semenjak itulah mereka sering bergaduh dan..lama kelamaan mereka suka sama suka....Tetapi itu hanya semantara kerana selepas itu Arumi hilang ingatan dia tidak dapat mengingati Aiyani ....Dan Aiyani juga selalu sakit hati kerana Arumi tidak dapat mengingatinya tetapi Arumi masih mengingati tiga orang sahabatnya itu...,...Ikuti sambungan kisah selanjutnya di...Mian-Heyo)Aiyani...ok...bye..bye..see u all..again..wassalam'alaik..

Tuesday, November 6, 2012

Wahai kaum Hawa Tutuplah Auratmu..

Assalamualaikum....Hari ini ana nak cakap pasal aurat...Hmmm...sekarang ramai manusia yang tidak menitik beratkan tentang aurat..lebih-lebih lagi kaum hawa...Ana sebagai kaum hawa berasa malu dengan keadaan kaum hawa sekarang yang tidak menjaga aurat mereka..mendedahkannya sesuka hati...Ana bukannya nak mengata kepada orang yang berkelakuan begitu..ana jugak tidak menyalahkan mereka sebulat-bulatnya..kerana ada sesetengah keluarga yang memang tidak menitik beratkan langsung hal ini...Perempuan ada batasannya..Perempuan tidak boleh mendedahkan auratnya dihadapan orang ajnabi(orang yang bukan muhrimnya.)

Aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Manakala aurat lelaki pula ialah dari pusat hingga ke lutut..Hmmm....lagi satu..ana peliklah kenapa orang selalu mengangga orang yang berpurdah itu bajet alim, orang arab, nak tunjuk bagus dan sebagainya...Bukankah memakai purdah itu adalah sunnah..Tak semestinya orang arab sahaja yang boleh memakai purdah..kerana kita ummat islam (muslimah) ini digalakkan memakai purdah..Untuk menjaga rupa paras kita yang memang semula jadi dijadikan oleh Allah cantik daripada fitnah orang...Ana bukannya nak tunjuk yang ana nih baik sangat tapi, ana ingin menjaga maruah semua kaum hawa daripada terus diperkosa oleh orang lelaki yang tidak menahan hawa nafsu mereka....

Dan bagi Kaum Adam pula.., Jagalah adik-adik,kakak-kakak perempuan antum sebaik mungkin...Janganlah biarkan mereka terus ditipu, diperdaya, diperkosa oleh lelaki-lelaki yang pantang melihat perempuan, tidak boleh menahan nafsu mereka....Janganlah biarkan mereka terjebak dalam kejadian yang tidak diingini...

Wahai kaum Hawa jagalah diri kalian daripada diperdaya oleh orang lelaki...janganlah biarkan maruah diri kalian dicemarkan...

Tutuplah auratmu sebelun auratmu ditutupkan oleh kain kafan yang serba putih...

Sekian sahaja daripada ana...bye..bye...sayang kalian....wassalam'alaik..

Thursday, October 25, 2012

Solat..



Assalamualaikum...Hmmm....Hari ini ana nak cakap pasal solat...Hmm..cuba korang fikir betapa ruginya orang yang elok paras rupanya tetapi tidak mengerjakan perkara yang wajib ditunaikan untuk sesiapa yang beragama islam. Tetapi sekarang ramai yang islam sekadar dekat kad pengenalan and surat beranak je....
Ada yang sudah terpesong dari agama islam dan memeluk agama lain...Dan yang begitu memalukan..sekarang ramai orang islam yang bertukar agama tetapi orang yang bukan beragama islam ingin mendekati islam.....Nabi Yusuf yang handsome pun solat tau..

Hmmm..apalah yang ingin jadi dengan kebanyakan orang yang beragama islam sekarang....Sama-samalah kita doakan mereka semoga dibuka semuala pintu hidayah....

Wassalamualaikum...

Wednesday, October 24, 2012

PERSAHABATAN...

Assalamualaikum....everybody hari ini, detik nih ana nak kongsi sikit perihal persahabatan..Ana rasa semua orang mesti ada kawan kerana kawan tuh penting dalam kehidupan seseorang manusia itu,... tetapi adakah sahabat itu baik atau tidak....Mari kita tengok ciri-ciri sahabat yang boleh dijadikan sahabat sejati.:


  • seseorang sahabat itu mestilah seorang yang boleh mendorong kita ke dalam kebaikan.
  • Dia seseorang yang selalu ajak kita kearah kebaikan bukan kesesatan.
  • dia selalu ada dengan kita dalam apa jua keadaan seperti susah atau senang.


Itulah ciri-ciri sahabat yang boleh dijadikan sahabat....Hmmmm...memang susah untuk kita mencari ciri-ciri yang ada dalam senarai diatas..tetapi kita mestilah mencorak diri kita dan kita mestilah mengajak sahabat kita ke arah kebaikan...kerana jika kita biarkan sahabat kita dalam kesesatan...di akhirat nanti sahabat kita akan mengata nama kita jika kita tidak mengubahnya ke arah kebaikan....dia akan tuntut kepada kita...Carilah sahabat yang baik untuk dijadikan sahabat anda....

Wassalamualaikum.....Selamat menyambut hari raya aidiladha...

Tuesday, October 23, 2012

Melakukan sesuatu banda...

Maksud perkataan dalam gambar diatas ini ialah jika kita tidak boleh melakukan perkara-perkara yang besar, kita boleh melakukan perkara-perkara yang kecil alam cara yang besar. Maksudnya ialah jika kita tak dapat lakukan sesuatu perkara yang agak susah kita masih  boleh melakukan banyak lagi perkara yang senang dan memanfaatkan diri kita. Contohnya ialah seorang perempuan yang tidak boleh melakukan solat kerana keuzuran tetapi dia masih boleh melakukan pelbagai ibadah lain untuk menambahkan pahalanya contohya seperti berzikir,menolong orang dan selalu berkhidmat.Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk diri kita, dan orang disekeliling kita.....

Wassalamualaikum...

Friday, October 19, 2012

Adik-adik ku sayang..

Assalamualaikum....Hari ini ana nak cakap pasal adik-beradik..Ana rasa kan dalam kalangan adik-beradik mesti ada pertengkarankan..itu benda biasa sebab ada yang tak puas hati diantara salah satu pihak..Macam ana jugak..Ana adalah anak sulung di kalangan 7 orang adik-beradik...Agak berat jugaklah apabila jadi anak sulung nih.Kerana kita kena selalu mengalah. Setiap orang mesti ada pertelingkahan di antara adik beradik.Tetapi pertelingkahan itu tidak akan berlaku lama.

Seperti ana, ana seorang kakak sulung dan ana jugak adalah seorang yang agak manja, kerana dulu ana mempunyai penyakit cancer.Jadi ana agak manja kerana selama 2 tahun ana ditahan di hospital dan selama itu lah umi dan abi ana yang jaga ana...Ketika itu ana hanya mempunyai 1 orang adik...Yang ana kesiannya adik ana yang bawah ana tu masih kecil tetapi sudah berpisah dengan ibu dan ayah ana..Tetapi, semua perkara ada hikmahnya...Walaupun ana seorang anak yang manja ana masih boleh berjauhan dengan orang tua ana, ana masih boleh tinggal di aarama...
                                   




                                     
                                 
 Ini anak ke empat...Nama dia Muhammad Muzakkir Bin Rosazli....lahir pada 13.11.2003...Dialah sorang anak lelaki yang ade kat umah...adik lelaki ana yang lagi satu tuh duduk dekat melaka...
                                   


                                     

yang ini pulak anak yang ke empat..Dia pun manjalah jugak sebab jarak dia dengan adik ana yang bawah dia nih lama jugaklah..Nama dia Nur Nasriyah Binti Rosazli..Lahir pada 16.9.2005



Assalamualaikum...ini anak yang ke lima...Dia adik kandung ana...Nama dia Muhammad Miqdam Bin Rosazli..Lahir pada 19.10.2010



 Ini anak yang ke enam daripada umi Aida...Nama dia Nur Nabilah Binti Rosazli..Lahir pada 3.5.2012

setakat ini sahaja tetapi ana nak minta maaf lah gambar ana ngan adik ana yang bawah ana nih tak leh nk masukkan kalau nak tengok gambar ana bukak lah blog..http://muslimahteams.blogspot.com/ bukak blog nih eh..k. bye.. wassalam'alaik..






Thursday, October 18, 2012

Perbezaan Sekolah Berasrama Dan Sekolah Agama Biasa..

Assalamualaikum..

Dah terlalu lama ana tak menulis blog ini..Hari ini tajuk yang ana ingin bicarakan ialah soal  perbezaan diantara maahad tahfiz dan sekolah agama biasa yang ulang-alik dari rumah tu...Ana ingin bicara tentang pengalaman ana selama duduk di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi. Maahad Tahfiz Darul Furqan,Pulau Pinang, dan kembali semuala ke Al-amin tetapi bukan sekolah rendah tetapi sekolah menengah..

Bagi ana duduk di asrama menyeronokkan walaupun kita akan merasa bosan dan sebagainya..Tetapi jika telah berpindah ke tempat lain, kita akan teringat semula kenangan yang manis atau pahit selama mana kita nerada di asrama itu...Sekolah yang berasrama boleh mengajar kita hidup berdikari (tidak memerlukan pertolongan orang), pandai basuh baju, pandai menjaga barang sendiri, tidak memilih....Seperti yang ana telah katakan tadi ana pernah berada di Maahad Tahfiz Darul Furqan, Sungai Rusa, Pulau Pinang.Banyak pengalaman yang ana telah peroleh walaupun dalam berbagai cara, perasaan seperti pahit mahupun manis.

Apabila ana meninggalkan Maahad Tahfiz itu dan ana memasuki semula Al-Amin Bangi itu.. Setiap kali ana akan mengingat kembali kenangan-kenangan itu.. Sebenarnya bagi ana sekolah yang berasrama itu sama sahaja seperti sekolah biasa cuma lain sedikit sahaja dari segi persekitaran contoh kawan baru, tempat belajar baru...Mahupun kita mempunyai rakan yang kita benci ketika kite di sekolah itu kita pasti akan mengingatinya... Sehinggan sini sahaja yang ana dapat share...sebenarnya ana nak share banayak lagi tetapi masa tidak mengizinkan...

Ok...bye,...wassalamualaikum..uhibbufillah


Tuesday, July 10, 2012

SAMBUNGAN KATA- KATA HIKMAH..

Mempercayai akhirat bukan bererti meremehkan urusan dunia.

Ya Allah, berilah aku pertolongan dalam menghadapi kesukaran-kesukaran mati dan sakaratul maut.

Kehidupan ini  tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.

Taubat ialah saat dimana engkau ingat dosa dan tidak menemukan kemanisan didalamnya.

Dunia ialah ladang tanam-tanaman untuk akhirat.

Siapa yang membetulkan batinnya dengan Muraqabah dan sifat ikhlas, nescaya Allah akan menghias zahirnya dengan mujahadah dan mengikut sunnah.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan berhati mulia.

Orang berjaya ialah oarang biasa yang sentiasa berusaha.

Hanya mereka yang berani menghadapi kegagalan besar yang akan mencapai kejayaan besar.

Membaca kunci ilmu.

Siapa yang berusaha dia akan dapat dan siapa yang menanam dia akan menunai hasilnya.

Usaha tangga kejayaan.

Setiap kesusahan disusuli dengan kemudahan.

Sebaik-baik percakapan ialah yang ringkas dan padat.

Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Dengan nama allah ambillah dengan tangan kananmu.
Makanlah apa yang layak(hampir) untukmu.

Solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian dengan 27 ganjaran.

Syurga itu terletak dibawah  telapak kaki ibu.

Penyakit manusi itu ialah lupa.

Minada yang cergas berada pada badan yang sihat.

Perpaduan asas kejayaan.

Sesiapa yang memudahkan jalan untuk mencari ilmu allah maka allah memudahkan baginya jalan ke syurga

Masa umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu.

Tuntutlah ilmu itu sejak dari buayan hingga ke liang lahad.

Percayalah pada allah kerana allah itu maha kuasa atas segala sesuatu.

wassalamualaikum..


Saturday, July 7, 2012

KATA-KATA HIKMAH..

Harta yang paling untung SABAR, TEMAN yang paling akrab AMAL,PENGAWAL yang paling waspada DIAM , BAHASA yang paling indah SENYUM.

Jangan kita bertengkar mengenai LANGIT .Hingga lupa apa yang ada dengan bumi.

Tidak selamat bagi ummat yang hidup diatas muka bumi tanpa berbuat kebajikan dan takut mencegah kamungkaran , maka bala akan datang bertimpa-timpa.

Tidak ada yang sangat berbahagia bagi jiwa,
Selain kelalaian,
tidak ada yang menghilangkan manfaat lebih dari sifat menunda-nunda.

Belajar untuk mengenali diri sendiri, mengembara.dan melihat dengan mata hati.

Lapangkanlah waktu kamu untuk mengingati akan jasa-jasa ulama'-ulama' terdahulu.

Pengharapan itu biarlah hanya kepada allah. Rujuklah surah at-taubah renungi ayat demi ayat dan mohonlah kefahaman darinya (ayat 129).

Orang yang telah mengenal allah tidak pernah mengizinkan hati mereka untuk memikirkan apapun selainnya.

Ya,Allah sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahmu sebagaimana engkau telah menyinari bumi dengan cahaya Mataharimu.

Kalau tanaman di dunia pun sudah layu, kering dan berpenyakit, maka  mana mungkin buah yang baik dan sedap boleh dipetik di akhirat nanti.

Insyaallah kita akan sambung
lagi..

wassalamualaikum. 

Friday, July 6, 2012

PESTA RAMADHAN..

Catatan puasa... 1. Bagi orang berpuasa itu, baginya 2 kegembiraan... 1)Ketika berbuka dan 2) ketika berjumpa Allah kelak. Kegembiraan itu bukan sementara tapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya di dunia ini, dan bukan hanya di waktu berpuasa, tapi sepanjang hidup orang yang berpuasa itu justeru wajar merasakan kegembiraan ini di sepanjang hayatnya sehingga pertemuannya dengan Allah swt... Subhanallah. Dalam hati seorang mukmin : Masya Allah, kenapa perlu aku bermuram durja hari ni? Sedangkan aku berpuasa... bukankah puasa itu satu perkara yang perlu digembirakan? 2. Satu lagi kegembiraan ialah ketika menunaikan solat terawikh. Perlu difahami oleh setiap muslim bahawa terawikh itu bermaksud duduk bersenang-senang atau berehat. Nah... apa yang perlu dikeluhkan? 8 atau 20? Geleng-geleng kepala. Ketuk dahi sendiri. Ia yakni terawikh dapat merehatkan anggota perut yang telah diisi dengan segala macam juadah berbuka... Tenang2 lah perut, Bulan Ramadhan ini, bulan kamu menjadi organ terhormat... Dalam hati seorang mukmin : Maha Suci Allah. Setiap syariat yang dianjurkan-Nya itu tidak lain untuk kebaikan hamba-hambaMu sendiri... Masihkah ragu2 dengan cinta dan kasih sayang-Nya?? 3. Al-Quran menjadi hiburan orang-orang yang berpuasa. Manakan tidak? Ayat-ayatnya adalah rahmat yang menenangkan jiwa setiap orang mukmin... Ketahuilah, hati yang sentiasa disirami kalamullah akan menjadi tersangat lunak langsung diterangi cahaya petunjuk hidayahNya, lantas disinari rahmat dan berkah daripadaNya... Dalam hati seorang mukmin : Tiada ayat yang lebih agung dari ayat-ayat cintaMu ya Allah... cintaNya Engkau pada hambaMu, sehingga pelbagai khazanah alam ini Kau bentangkan buat si hamba... Alam dunia. Alam akhirat. Alam Barzakh. Padang Mahsyar. Sayangnya Engkau pada hambaMu. Hanya Engkaulah yang layak memuji diriMu... dengan kalimat-kalimat agung dan bahasa yang maha indah... aku bersyukur atas mukjizat buat NabiMu ini... Alhamdulillah3x... Rezekikan aku untuk memahami dan menghayati isi kandungannya. Moga Ia menjadi hujjah ku dihadapanMu kelak...

ENAM SIFAT PARA SAHABAT...

Sahabat umpama bintang-bintang di langit, sesiapa yang mengikutimereka di jamin  kejayaan didunia dan akhirat. Sahabat-sahabat mempunyai banyak sifat tetapi hanya enam sifat yang paling unggul yang mereka amalkan dalam kehidupan seharian mereka.
  1. Yakin pada kalimah (Lailahaillallah muhammadurrasulullah)
  2. Semabahyang khusu' dan khudu'
  3. Ilmu dan Zikir
  4. Ikaramul muslimin
  5. Ikhlas niat
  6. Mujahadah fisabilillah.
 wallahuallam..

Thursday, July 5, 2012

BULAN DAN BINTANG..




Bulan dan bintang
Menjadi saksi
Kita teman sejati.


Teman sejati
tidak akan cair
pada musim panas,
tidak akan beku
pada musim sejuk,
tidak akan luruh
pada musim gugur,
Tetapi tetap akan berkembang
walaupun bukan musim bunga..

KALAU AKU JADI KARTOON..

Kalau aku jadi kartoon
Aku tak nak jadi Squidword
Sebab dia tak mengerti apa itu sahabat,
Aku tak nak jadi Patrick
Sebab dia tau makan je,
Aku tak nak jaci Cik Crab
Sebab dia mata duitan,
Aku tak nak jadi Sandy
Sebab dia berteknologi,
Tapi aku nak jadi Spongebob
Sebab dia mengarti apa itu sahabat..

wassalamualaikum..

Saturday, June 30, 2012

BIODATA IBLIS..

Assalamualaikum.. Hari ini ana ingin berkongsi tentang biodata Iblis.

Nama : Iblis laknatullah.
Tarikh Lahir : Mula dari keenggana untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.
Tempat Tinggal Di Dunia : Hati-hati mereka yang lalai.
Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahannam.
Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati allah.
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok.
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir.
Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar.
Lambang : Sebarang tatu.
Pejabat Operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat.
Rakan Kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Sumber Pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram.
Tempoh Perkhidmatan : Sehingga hari kiamat.
Matlamat Perjalanan : Membawa setiap makhluk ke neraka jahannam.
Teman sejawab : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran.
Berkomunikasi : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan           pedendam.
Makanan Kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kekotoran.
Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman, bertaqwa, dan beramal.
Yang Dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati allah.
Alat Perangkap : Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan sebagainya.
Saat Ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan allah di hari kiamat kelak.
Tugas Yang Paling Disukai : Humosex dan Lesbion.
Janji-janji : janji kosong, angan-angan, dan tipu daya.
Isteri Di Dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, mentaati allah, rasul dan suaminya
Kaum Kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi allah.
Tempat Pertemuan : Pasar-pasar.
Mutu Kerja : Hipokrit dan asas akhlak.
Yang Membuatkannya Menangis : Apabila orang sujud kepada allah taala..

Wallahualam.. Ubah lah diri anda..

Wassalamualaikum.

Friday, June 29, 2012

SEBUAH KATA-KATA.


SAUDARAMU...

Sahabat yang baik itu adalah sahabat yang dapat membawa kita  kearah kebaikan bukan yng membawa kita kearah kesesatan.

Jika kita berkawan dengan orang yang baik akhlaknya, insyaallah akhlak kitapun akan baik.

Jika sekarang ini kita berkawan dengan orang yang lemah akhlaknya maka hendaklah kita memperbaiki dirinya, supaya dia memperbaiki akhlaknya.

Jika kita berkawan  dengan orang yang suka mengajak orang lain kearah kesesatan maka hendklah kita menegurnya..

Pilihlah sahabat yang baik untuk menjadi sahabat sejati kita.. insyaallah.. Wassalamualaikum..


Wednesday, June 27, 2012

JANGAN CEPAT MENILAI SESEORANG..

 
Kita tidak boleh cepat menilai seseorang itu dengan sekali pandang sahaja .Tidak semestinya orang itu berbuat baik pada kita begitu juga dia dengan orang lain.. Tidak semestinya rupa parasnya cantik, akhlaknya juga cantik. Selalunya orang yang cantik rupa parasnya itulah yang buruk akhlaknya disisi allah taala..


Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi .                  

wassalamualaikum..