Tuesday, December 29, 2009

Budak span dan Kem Chimera ..

Assalamualaikum...
Disini saya mahu menceritakan buku novel yang telah saya baca. Buku ini menceritakan seorang yang bernama Bakti. Bakti itu seorang budak yang boleh bertukar menjadi seperti span apabila dia terkena air.
Pada suatu hari, dia dan kawak-kawannya berancang ingin pergi ke kem bina diri yang telah diadakan di Kem Chimera. Mereka telah dapat satu brouser yang telah diedarkan di sekolah mereka. Apabila Bakti pulang dari sekolah dia menyatakan hasratnya itu kepada ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya tidak mengizinkannya pergi kerana mereka takut terjadi apa-apa. Kerana Bakti itu lain dari yang lain. Dia merajuk dari pagi hingga ke petang. pada malam itu ibunya memujuk dia turun makan tetapi dia tetap tidak mahu. Selepas itu abangnya pula yang memujuk abangnya mengatakan ibunya memasak makanan kegemarannya iaitu, laksa. Selepas itu dia terus turun makan. Sewaktu dia makan dia bertanya semula kepada ibu dan bapanya tetapi mereka tetap tidak mengizinkan dia pergi. Bakti terus melarikan dirinya ke luar pagar. Tiba-tiba Charlie lalu dihadapannya charlie bertanya adakah Bakti dapat pergi ke kem itu? Baktipun mengatakan yang ibu dan ayahnya tidak mengizinkan dia pergi kerana mereka risauakan keadaan Bakti itu. Charlie mengeluh sedikit selepas dia terdengar jawapan Bakti itu. Charlie telah memberitahu perkara itu kepada kawan-kawan yang lain merekapun mengeluh kecil. Tiba-tiba Bakti terdengar suara orang meminta pertolongan rupa-rupanya itu suara ibunya. Dia terus masuk menuju ke arah ibunya yang dikepung dengan api. Bakti terus menuju ke bilik air dan merendam tangannya supaya dipenuhi dengan air. Dia terus menuju kearah api itu dan menyemburkan air yang berada di dalam tangannya yang dipenuhi air itu. Selepas api itu telah reda dan tangan Bakti telah surut dia terus naik kebiliknya dan dia buat-buat tidur.Apabila ayahnya naik melihatnya di bilik ayahnya barkata kepadanya yang ayah mangizinkan dia pergi ke kem itu. Apabila ayahnya telah keluar dari biliknya itu dia terus menghantar 'SMS' kepada kawan-kawannya yang ayahnya mengizinkan dia pergi ke kam itu. Tibalah masa yang ditunggu-tunggukan oleh Bakti dan kawan-kawannya.Charlie pelik kerana Bakti tidak sampai-sampai adakah bakti tidak boleh datang kesini? Tiba-tiba dia terde ngar suatu suara dari arah belakang nya. Hai kawan-kawan! jeri Bakti. Mereka semua tergelak melihat pakaian Bakti yangagak pelik itu. Bakti mengatakan itulah pakaian anak melayu. Selesai mereka daftar mereka dikehendaki berehat sebentar didalam asrama yang telah disediakan disitu. Selepas berehat mereka semua menuju ke dewan makan, dewan besar unuk menguji darah mereka dan orang yang darah nya A ataupun C terpaksa dibawa pulang. Sewaktu minum malam mereka dikehendaki minum air teh yang telah disediakan disitu kerana air teh itu telah dicampurkan dengan ubat tidur supaya mereka semua tidur tidak sedarkan diri kerana pekerja kem itu akan mencuru 3 orang budak setiap malam untuk di kaji. Pada malam itu Mimi ternampak 2 orang lelaki menyuntik Normah kawannya dan membawanya ke bilik bawah tanah untuk dikaji.

Monday, December 28, 2009

adik ku istimewa..


Assalamualaikum....
Ni ana nak cerita pasal buku yang ana baca tajuknya ialah : ADIKKU ISTIMEWA. Hero dalam buku ini ialah, adik dia yang cacat 'sindrom down'. Best tau cerita dia. Ada yang sedih, ada yang marah dan ada yang takut.

Nama dia : siti hartini zulaikha bt.hamzah. Dia mempunyai 2 orang adik. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Pada suatu hari ayah nya menelefon dia. Ayah nya memberitahu bahawa ibunya disahkan mengandung. Bebulan-bulan kemudian mak dia pun telah melahirkan adik nya. Nama adik dia ialah : siti mariam. Adik dia tu lah yang cacat 'sindrom down' dan jantung berlubang. Dia sungguh membencikan adiknya kerana adiknya cacat dan akan memalukan. Tetapi dia tidak tahu bahawa adiknya itu sungguh bijak dan telah menyelamatkan dia. Dia membencikan adik nya itu sampai pelajarannya semakin merusut.

Pada suatu hari,sewaktu dia dan ibu nya pergi ke rumah orang untuk menolong membuat majlis. Adiknya tiba -tiba hilang. Tetapi rupa-rupanya ayah dia membawa adiknya itu pergi ke kedai membeli Snek. Dan suatu hari sewaktu ayah dia pergi ke pining rumah dia telah dimasuki 2 orang perompak. Sewaktu itu dia dan ibunya berasa amat cemas. Dia telah menyorokkan adiknya Siti Mariam dan juga Ija di belakang kusyen dan dia telah menggarahkan Haikal supaya memanggil Pak Mat kalau terjadi apa-apa. Tiba-tiba sahaja dia terdengar ibunya menjerit meminta pertolongan. Dia terus menyuruh Haikal memanggil Pak Mat. Haikal terus berlari keluar tetapi tidak sempat kerana perompak itu berjaya menanggkapnya. Sewaktu perompak itu berada di dapur bersama dengan dia dan adik dan juga ibunya ,rupa-rupanya Ija dan Siti Mariam telah keluar untuk memanggil Pak Mat. Dalam perjalanan ke rumah Pak Mat, Ija terjatuh dan kaki nya tersangkut di akar pokok. Ija menyuruh dan menunjuk-nunjuk arah rumah Pak Mat kepada Siti Mariam dan menyuruh Siti Mariam supaya memanggil Pak Mat. Selepas kejadian malam itu dia pun sedar tidak perlu dia membanci adiknya kerana adik nya yang telah menyelamatkan nya tempoh hari dia juga berasa menyesal kerana dia tidak memberitahu kawan-kawannya tentang adiknya itu..
wassalamualaikum..

Friday, December 18, 2009

nenek ku..


Assalamualaikum....
Inilah gambar kedua nenek ana. Ana ada lagi satu nenek kesayangan tetapi tiada gambarnya. Ini gambar nenek ana yang duduk di Terengganu dan di Kelantan. Gambar nenek ana yang memakai tudung berwarna merah itu adalah mak kepada arwah ibu ana. Yang sebelah lagi itu adalah mak kepada ibu kedua ana. Ana memanggil mak kepada arwah ibu ana ialah : Tok dan yang sebelah itu pula ana memanggil : Wan. Mak kedua ana dan arwah ibu ana memang kawan. Sewaktu perkahwinan ayah ana dengan ibu ana yang kedua itu tok ana yang tolong urus kan. Tok ana siap memaku lagi tu. Umur tok ana lagi tua daripada umur wan ana .

Rumah tok ana diperbuat daripada kayu dan rumah wan ana diperbuat daripada batu . Tetapi ana merasai kedua -dua rumah itu tidak ada bezanya.

wassalamualaikum....