Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul....Bermula..


Assalamualaikum....
Apa khabar anda disana? Hari ini ana ingin berkongsi berkenaan "MAULIDUR RASUL". Anda tahu apa makna MAULIDUR RASUL? Maulidur rasul bermakna kelahiran nabi yang kita sayangi iaitu " Nabi Muhammad Saw." Nabi Muhammad lahir pada 12 Rabiulawwal tahun gajah. Semasa kelahiran Nabi Muhammad datangnya Abrahah untuk menyerang kaabah tetapi tidak berjaya kerana allah menggutuskan sekumpulan ababil yang membawa 3 batu dari neraka. Ababil meletakkan batu-batu itu di paruh, di kaki kanan dan di kaki kiri mereka. Semasa Abdullah iaitu bapa Nabi Muhammad meninggal Nabi Muhammad berada di dalam kandungan ibunya semasa itu beliau berumur 6 bulan. Semasa beliau lahir penuh cahaya yang masuk dari tingkap-tingkap dan di negara Rom runtuh banggunan-bangunan yang tinggi. Selepas beliau di lahirkan datuknya membawa beliau mengilingi kaabah. Selepas beberapa hari beliau lahir beliau tinggal bersama ibu susuannya semasa dia duduk bersama ibu susuannya segala ternakan ibu susuannya semakin meningkat.
Wassalamualaikum...

Monday, February 15, 2010

Adikku Miqdam...



Assalamualaikum...
Hari ini ana ingin cerita pasal adik bongsu ana. Dia berada di Melaka bersama nenek ana dan atok ana. Nama penuhnya ialah Muhammad Miqdam bin Rosazli. Dia lahir pada 19 .10 . 2008. Dia lahir di Hospital Putrajaya. Ini gambar dia sewaktu hari raya tahun lepas. Ana ambil dalam blog ayah ana. Umurnya sekarang ialah 1 tahun 4 bulan. Dia sudah pandai berjalan tau dia pun dah pandai merajuk. Dia selalu merajuk kalau nenek ana tak bagi sesuatu yang dia nak. Ana sekarang ini dah tak selalu dah balik kampung jenguk dia sebab ayah ana selalu sibuk dan ana pun selalu ada banyak kerja rumah. Maklumlah ana dah meningkat darjah 5. Ana rasa tahun depan lagi selalu ana tak balik jenguk dia sebab tahun depan ana kena pergi asrama dekat Pulau Pinang. Sampai sini jelah ana cerita ya tak larat nak cerita panjang-panjang....
wabillahitaufikwahidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Friday, February 5, 2010

Novel Janji Anak Yatim.

Assalamualaikum.....
Hari ini ana ingin berkongsi cerita yang ana telah baca. Nama novel itu ialah : JANJI ANAK YATIM novel itu ditulis oleh Ida Rizyani dan Talhah. Best tau baca novel ini. Kalau tak percaya cubalah beli dan baca.
Buku ini kisah orang susah yang mempunyai anak yang ramai. Pada suatu hari ibu mereka sakit ayah mereka terus membawa ibunya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selang beberapa minggu sakit ibu mereka semakin menjadi -jadi dan selang beberapa hari ibu mereka pun meninggal dunia. Selepas ibu mereka sudah tiada dalam hidup mereka, hidup mereka semakin susah dan huru-hara. Pada suatu hari, ayah mereka bercadang supaya adik mereka yang bongsu dihantar ke Kuala Lumpur ke rumah pak cik mereka supaya tidak tertinggal mata pelajaran yang penting buatnya. Tetapi adik mereka menolak. Tetapi ayah mereka paksa juga supaya pergi dan akhir sekali adik mereka akur. Akhir sekali adik mereka berjaya masuk ke asrama penuh.
Wassalamualaikum