Sunday, September 12, 2010

Bestnya raya...Tapi..

Assalamualaikum..

Sudah lama ana tak menulis. Rindu rasanya nak tulis hari ini. Ana rasa mesti semua orang seronok bila raya. Bukan seronok melawat saudara mara tapi seronok nak dapat duit raya. Ana rasa ana tak salah anggap lah kan. Sebab betullah semua orang yang ana tengok zaman sekarang macam tuh, termasuklah ana sendiri.

Tapi yang penting pagi raya ialah kita bersyukur kepada allah kerana kita dapat berjumpa lagi dengan hari raya tahun ini. Lagi satu sewaktu kita mandi raya kita disunatkan berniat : sahaja aku mandi sunat hari raya aidilfitri kerana allah swt. Macam ustazah pulakkan.

Ana rasa mesti duit raya anda semua dah beratus-ratus ringgit kan.? HMMM

Semoga anda semua dan juga ana dapat berjumapa dengan hari raya dan puasa tahun depan. eeemmm... Sahabat rasulullah dulu kan bila habis puasa dia sedih sebab dia takut dia tak dapat jumpa dengan puasa tahun depannya. tapi kalau kita macam mana?

Lain dari yang lain kan.

wassalamualaikum..