Friday, August 6, 2010

Aminah Bunga Kaum Quraisy.

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin menceritakan kisah RASULULLAH iaitu nabi kita. Nama ibunya ialah: Aminah bt Wuhaib. Sewaktu kecil Aminah adalah budak yang comel dan pandai berkata -kata. Kaum quraisy sangat menyukai beliau. Aminah rapat dengan Halah sewaktu kecil hingga besar. Kawan-kawannya sangat suka bermain dengan beliau. Setiap petang beliau diajak bermain.

Apabila Halah sudah menikah bersama Abdul Mutalib beliau sangat sedih kerana beliau tidak dapat melihat Halah setiap hari dan tidak dapat berborak selalu. Rumah Halah jauh sedikit dari rumah Wuhaib. Suatu hari Abdul Mutalib tidak bercakap dan asyik kehulur -hilir. Halah bertanya kepada suaminya kenapa begitu. Tetapi Abdul Mutalib tidak menjawab. Rupa-rupanya Abdul Mutalib tengah memikirkan tentang mahu menjodohkan Abdullah dan Aminah. Halah segera pergi ke rumah Wuhaib untuk mengatakan keinginan hatinya dan juga suaminya.

Selepas kejadian itu, ramai pemuda-pemuda yang ingin melamar Aminah tetapi Wuhaib menolak dengan baik termasuk adik-adiknya dan pembesar-pembesar quraisy . Wuhaib berbuat begitu kerana beliau ingin tunggu Abdul Mutalib datang melamar Aminah. Tetapi Abdul Mutalib tidak datang-datang juga. Suatu hari Abdul Mutalib datang ke rumah Wuhaib. Dia datang meminang Aminah. Aminah malu apaila ditanya adakah beliau setuju dengan cadangan Abdul Mutalib.

Masa yang ditunggu-tunggu oleh Abdullah dan Aminah iaitu perkahwinwn mereka. Majlis perkahwinan mereka sangat meriah. Pada malamnya Abdullah tidur di rumah Wuhaib iaitu rumah pengantin perempuan.

Dipindikkan cerita tidak lama selepas mereka berkahwin abdullah akan mengikut rombongan dagangan pergi ke Syam. Apabila perjalanan pulang Abdullah jatuh sakit beliau duduk di rumah ayah saudaranya. tidak lama kemudian beliau meninggal dunia di Yaman. Aminah berasa sangat sedih. Sewaktu suaminya meninggal dunia Aminah sedang mengandungkan Nabi Muhammad iaitu nabi akhir zaman.

Aminah meninggal dunia di dalam perjalanan beliau barsama Nabi Muhammad pulang ke makkah. Selepas menziarahi kubur suaminya di Yman.

Kalau mahu tahu lebih lanjut dapatkan buku "AMINAH BUNGA KAUM QURAISH".

wassalamualaikum..