Friday, February 22, 2013

1 dosa tak semestinya masuk neraka & banyak pahala tak semestinya masuk syurga.

Ada satu cerita yang ana nak share ngan korang semua..

Ada si fulan nih dia nih banyak sangat dosa dia cuma ada satu je pahala. Pahala yang dia ada tuh adalah pahal dia menolong seekor kucing yang tersepit..kalau tengokkan simple je pertolongan dia tuh tapi Allah kira jugak..Allah give dia pahala..Lepastuh ,, Kan nanti kat padanga mahsyarkan semua orang berkumpul and dia nih rasa yang dia memang dh tak de peluang dah nak masuk syurga..Sebabkan dia cuma ada satu pahala ke. Bila tiba time dia nak dihisab dia kata kat Allah yang dia memang dah tak de peluang dah nak masuk syurga dia suruh bagi pahala dia tuh kat orang yang perlukan pahala .. Lepastuh malaikat yang ditugaskan untuk letak orang dalam neraka pun tariklah dia nak bawa dia masuk neraka lah..Tapi, Allah kata tunggu dulu letak dia kat tepi ..Datanglah si fulan yang kedua nih untuk dihisab..Si fulan yang kesua nih dia ada banyak pahala and banyak jugak dosa..Tapi pahala dia tak cukup satu je lagi dari dosa dia..Lepastuh si fulan yang pertama tadi pun kata : Ya Allah bagi lah pahala aku kat si fulan yang kedua nih bagi dia dapat masuk syurga..Allah pun bagi pahala si fulan pertama tuh kat si fulan yang kedua..si fulan yang 2 tuh dpatlah masuk syurga tapi, bila dia sampaikat depan pintu syurga dia tiba2 berhenti .. Dia sujud dan dia berdoa supaya Allah masukkan si fulan yang pertama yang bagi dia pahala tadi pon masuk syurga dan dieorang dapat berjiran dalam syurga..Allah makbulkan doa si fulan 2 dan dieorang duduk berjiran dalam syurga..

Monday, December 31, 2012

Tahun baru niat pun harus diperbaharui,diri juga harus diperbaiki...

Assalamualaikum.....Alhamdulillah ana masih diberi kesematan oleh allah untuk menghirup udara,melakukan ibadah,dan juga untuk menulis blog ini....Bagi ana cepat je masa berlalu sedar-sedar dah masuk tahun 2013.... Ana pun dah semakin tua...hisk2..Hah ana nak cakap...Kalau tahun baru mesti ramai orang akan perbaiki rumahlah supaya nampak baru,beli kereta baru lah, macam-macamlah...

Tapi yang semua tuh tak penting pon kalau tak ada pon tak apa,...Yang terpenting ialah kita hendaklah perbaiki niat kita,perbaiki diri kita..Kalau tahun lepas kita ini jenis orang yang malas,penipu dan suka buat benda yang tak berfaedah...kita ubah lah supaya jadi orang yang berguna..Macam orang selalu kata tuh (BUKA BUKU BARU)...Atau pun ("Buang yang keruh ambil yang jernih").....

Setiap manusia itu mesti akan buat kesalahan ..itu memang lumrah manusia ..tak boleh nak lari dari kesalahan  ..Tapi dari kesalahan yang lalu itu kita mestri ambil pengajarannya.. Dan jangan ulangi lagi..

Ana cakap ini untuk diri ana dan juga untuk semua manusia.....wassalam.....Perbaiki diri,perbaiki niat("Buang yang keruh ambil yang jernih")....   =D ^_^...

Tuesday, December 25, 2012

Biawak yang beriman(PELIK TAPI BENAR)

Assalamualaikum...Hari ini ana nak ceritakan satu cerita tentang biawak yang beriman...

Diriwayatkan oleh Ibn khathir dalam al-Bidayah wan - nihayah bahawa al-baihaqiy menceritakan dari Abu mansur Ahmad bin Ali al-damghaniy dari daerah Namin di Baihaq ,dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a:

Rasulullah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arb Badwi dari bani Sulaim ke hadapan Rasulullah.beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir yang ditangkapnya , dan bercadang untui membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiri nabi, maka dia terus mendekati nabi lantas berkata: 'Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yangterdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu  wahai Muhammad! kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam , putih dan merah serta selainnya!

umar al-khattab menjadi marah lalu bangkit dan berkata: "wahai nabi !! biarlah saya mengakhiri hidunya...!!!"
nabi s.a.w tenang menjawab permintaan umar: , Wahai umar tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampit diangkat menjadi nabi?"

nabi kemudiannya berkata kepada Arab badwi : " Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian?sepatutnya engkau menghormatikudalam perhimpunan bersama sahabat-sahabatku!!!"

Arab badwi itu tidak mahu menglah lalu berkata:" demi tuhan latta dan Uzza!! aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamua,"katanya sambil mengeluarkan biawak itu ke hadapan Nabi s.a.w.

nabi muhammad memanggil biawak itu, . kedengaran biawak itu menjawab dalam bahasa arab yang boleh didengari dan difahami oleh semua orang yang berada disitu."ya wahai Nabi s.a.w.

nabi bertanya kepada siapakah engkau beriman? jawab biawak itu: " Saya  beriman kepada tuhan yang berda di langit , di bumi itulah kekuasaannya , dan dilautan itulah jalannya, dan disyurga itu rahmatnya, dan dalam neraka itu azabnya..

Tanya nabi lagi kepada biawak: aku ini siapa wahai biawak?

Jawab si biawak: Tuanadalah utusan allah,yang memiliki sekalian alam ! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan dan amatlah binasa bagi orang yang mendustakan tuan!!

mendengar kata-kata biawak itu arab Badwi itu lantas berkata: Wahai muhammad !! sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci , tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku dan diriku sendiri..kemudian beliau mengucapdua kalimah shahadah...

ok..sampai sini sahaja ...wassalam..

Sunday, December 23, 2012

Jenazahnya dilindungi tebuan berbisa ( PELIK TAPI BENAR)

Assalamualaikum...Hari ini ana nak kongsi sebuah cerita sahabat Rasulullah s.a.w ...Kisah ini ana baca dari buku solusi 3( Impak dosa) ...mungkin siapa yang sudah baca buku solusi isu 3 dia akan tahu cerita ini..

Asim bin Thabit r.a merupakan seorang sahabat yang gagah dan mempunyai keazaman yang tinggi. Sebelum meletusnya perang uhud Nabi s.a.w  bertanya kepada para parajurit muslimin, "Bagaimanakah kamu akan berperang nanti?"

Asim bin Thabit tampil seraya berkata : Apabila musuh telah hampir 100 kaki maka panahlah yang paling sesuai digunakan . Apabila mereka lebih hampir dengan kita tentulah lembing akan berperanan menghancurkan mereka. Jika jarak telah menjadi lebih dekat selepas itu hanya pedang yang akan menyelesaikan mereka!

Mendengar kata-katanya yang penuh semangat itu, Nabi s.a.w bersabda.: maksudnya : "Sesiapa yang ingin berjuang, hendaklah dia mencontohi Asim Bin Thabit ...

Apabila meletusnya perang Uhud, seperti yang dijanjikan kepada Rasulullah s.a.w Asim keluar umpama singa garang yang kelaparan.. Dalam kegawatan perang itu , asim berhasil membunuh anak-anak lelaki Sulafah binti Sa,ad yang bernama Musafik, Kilab dna al-Julas. Pembunuhan yang dilakukan terhadap tiga beradik ini membangkitkan rasa marah diikuti dengan dendam ibu mereka untuk menuntut bela. Si ibu berikrar memberikan ganjara kepada sesiapa yang berjaya membunuh pembunuh putera-puteranya itu.

Perang unud yang berakhir dengan seribu kenangan dan pengajaran buat umat islam telah berakhir, lalu nabi s.a.w mengutus tentera seramai enam orang diketuai oleh Asim bin Thabit. Ketika rombongan tentera berada di pertengahan jalan tidsak jauh daripada makkah, kaum Huzail yang tinggal di kawasn itu, dan belum memeluk islam mengepung mereka.

Asim bersama tentera islam yang lain tidak ada pilihan melainkan berjuang mempertahankan diri. Golongan musyrikin Huzail menjanjikan keselamatan terhadap mereka jika mereka bersetuju menyerah diri.Namun Asim bertegas untuk mempertahankan diri. Katanya : Pada pandanganku , Aku tidak akan menyerahkan diri ku kepada orang Musyrik."

Asim memulakan serangan disertai dua orang sahabatnya .. Manakala yang lain menyerah diri.. Setelah berjuang habis-habisan bagaika singa yang kelaparan , ketiga-tiga orang sahabat ini ,termasuk Asim, gugur sebagai syahid..mush islam telah melakuakan tiga orang yang menyerah diri dengan seburuk-buruk layanan..

musuh-musuh tidak menyedari bahawa  salah seorang yang dibunuh itu adalah Asim yang diharapkan-harapkan ramai musuh untuk membunuhnya.

Sebaik sahaja berita kematian Asim tersebar ke kawasan berdekatan , datanglah utusan Quraisy dari makkah, yang terletak berdekatan dengan tempat pembunuhannya , meminta agar kepala Asim diserahkan kepada Sulafah bagi memenuhi hajat dan dendam kesumat yang berseran di lubuk hati Sulafah,terhadap pembunuh anak-anak lelakinya.

Berebut-rebut kaum Arab daripada suku HUZAIL untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan itu. Sampai berdekatan dengan Jasad Asim, mereka ingin memenggal kepalanya itu terkejut melihat ribuan lebah dan tebuan padang pasir menghurung jasadnya, seolah-olah mempertahankan sarangnya daripada penceroboh..Setelah berusaha pelbagai cara menghalau lebah dan penyangat itu, akhirnya mereka berehat menanti hari gelap dengan harapan serangga itu akan meninggalkan jasad itu menjelang malam, tiba-tiba turunlah hujan yang sangat lebat sehingga kawasan yang gersang menjadi lurah dan sungai yang deras.Keesokan harinya  suku huzail masih cuba untuk mendapatkan kepala Asim untuk diserahkan kepada Quraisy tetapi mereka dapati jasad Asim telah tiada dibawa arus air...

Wassalam..
mari kita renungkan  bersama betapa hebatnya Allah untuk menjaga sahabat nabi s.a.w./....menjaga orang yang menegakkan agama islam....

Monday, December 10, 2012

rindu....

Rindu...Bila boleh jumpa??....Itulah pertanyaan yang ana tanya pada diri ana..Ana rindu dekat seseorang yang telah pergi selama-lamanya...Bila boleh jumpa??? .... Tak tahulah..In sha Allah kat syurga nanti...
Ana rindu kat arwah umi ana ...Dia telah pun kembali ke rahmatullah...Pada 31.10.2010..

Ada lagi orang yang ana rindu iaitu sahabat -sahabat dan ustaz ustazah yang telah mengajar ana.....

Wednesday, December 5, 2012

Temuduga pelajar untuk memasuki Maahad Tarbiyah Islamiah Al-ansar (2013)

Assalamualaikum...hmm....Temuduga untuk kemasukan pelajar ke maahad tarbiah islamiah al-ansar (2013) baru sahaja selesai pada hari Sabtu yang lepas( 1.12.2012) ,....Ingatkan dah tak ada dah lepas ni..Tapi ada lagi sekali ...Kerana atas permintaan ramai..Maahad Tarbiyah Islamiah Al-ansar akan mengadakan temuduga yang terakhir pada hari Khamis( 6.12.2012) pada pukul 9.00 pagi.....

wassalam...

BELATUK.......(KISAH HUD-HUD)..

Assalamualaikum...Hari ini ana nak cerita kan pada korang kisah Hud-Hud pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Seperti yang kita semua tahu Nabi Sulaiman ini telah diberi mukjizat oleh allah iaitu beliau boleh berbicara dengan haiwan dan jin.. Tapi hari ini ana bukan nak cerita pasal Nabi Sulaiman, tetapi ana nak cerita pasal burung belatuk( hud-hud) pada zaman Nabi Sulaiman..

Kisah Hud-Hud Pada Zaman Nabi Sulaiman a.s.

Ketika itu, semua angkatan tentera nabi sulaiman a.s. baik binatang, jin, dan manusia semuanya ada di situ.Kecuali Hud-Hud.. Dia terbang kelelahan pulang. Pulang-pulang saja, terus ditanya oleh Nabi Sulaiman kenapa dia lambat?.

Lantas diceritakannya , dia terbang hingga ke sebuah negeri bernama Saba'. Semua penduduknya menyembah matahari termasuk rajanya, seorang perempuan yang bernama Balqis. Terpancar kepimpinan mulia Nabi Sulaiman yang tidak menghukum sebelum mendengar penjelasan. Dan terpancar kejujuran dan kegigihan Hud-Hud untuk menyampaikan apa yang dilihatnya. Akhirnya, Puteri Balqis memeluk agama yang dianuti Nabi Sulaiman kerana sikap Hud-Hud itu.

Kalaulah hud-hud itu manusia beruntungnya dia kerana dia menyebabkan seorang raja dan seluruh penduduk negeri Saba' memeluk islam. Besarnya jasa Hud-hud yang cuma seekor burung...

ok..Cuma ini sahaja yang ana nak share ngan korang semua...Maklumat ini ana dapat dari hasil pembacaan buku yang ana baca semalam..in sha allah nanti ana share lagi ape2 maklumat yang ana baca untuk korang semua...Bye... wassalam..