2 bulan kemudian...
Apabila usia kandungan si ibu sudah masuk 9 bulan dan hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka sudah hampir . Si ibu ditahan di Hospital selama seminggu sebelum dia melahirkan anak.. Dia ditahan dihospital kerana anak dalam kandungannya songsang..
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba....
Si ibu terpaksa dibedah kerana anak yang didalam kandungan songsang.. Si ibu melahirkan anaknya pada 19.10.2010..Anak nya selamat dilahirkan tetapi si ibu dimasukkan ke dalam wad ICU kerana ketika dia dibedah air ketuban masuk dalam salur darah..Ketika dia bersalin anak-anaknya berada di rumah kawannya di putrajaya..Apabila ayah mereka mengambil mereka pada hari Isnin dan dibawa ke Hospital..Mereka amat terkejut kerana diberitahu bahawa ibu mereka masuk ke dalam wad ICU dan tidak sedarkan diri.Adik-beradik itu pulang ke rumah nenek mereka bersama mak cik mereka..
Pada 30.10.2010 mereka pulang semula ke rumah mereka..Dan keesokan harinya mereka dijaga oleh jiran yang mengasuh adik mereka..Pada petang itu mak cik mereka yang tinggal di kelantan iaitu kakak kepada ibu mereka mengatakan bahawa ingin membawa adik-beradik itu ke Hospital untuk melawat ibu mereka..Kerana ibu mereka dalam keaadan nazak..Sesampainya disana mereka adik-beradik menangis apabila melihat keaadan ibu mereka..
Mak cik mereka( Kakak kepada si ibu) membawa mereka pulang ke rumah untuk berehat dan juga membersihkan diri..Di dalam perjalanan mereka menerima panggilan dari ayah mereka yang mengatakan si ibu sudah kembali ke rahmatullah...Air mata mereka berjujuran..sekarang mereka sudah kehilangan ibu yang mereka sayangi...
Pada pukul 12 lebih jenazah sampai di rumah..Dan pada malam itu semua adik-beradik si ibu datang ke rumah mereka..
Keesokannya....
Jenazah siap dikebumikan dalam pukul 11 pagi..Anak sulung mereka begitu sedih dengan kematian itu.. Selepas beberapa bulan ayah mereka kahwin dengan sahabat si ibu itu..Ayah mereka kahwin kerana mereka masih kecil dan memerlukan kasih seorang ibu...Betapa besar jasa ibu untuk setiap anak-anaknya..
....
No comments:
Post a Comment