Thursday, November 18, 2010

RESIPI MUFIN MANJA

Assalamualaikum.

Hari ini ana ingin berkongsi tentang resipi di dalam buku yang telah ana baca iaitu MUFIN MANJA.Didalam buku ini ada berbagai mufin contohnya:
Mufin Pandan, Mufin Coklat, Mufin Jagung dan banyak lagi.

Tetapi hari ini ana ingin berkongsi resipi MUFIM JAGUNG.



Bahan-bahannya ialah:

  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung cornmeal
  • 1 1/2 cawan susu
  • 2 biji putih telur gred A
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 1/2 cawan butir jagung beku, dinyahbekukan
  • 1/2 keju cheddar parut
  • 2 helai daun bawangdihiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • serbuk lada sulah
cara-cara:

  1. campurkan tepung naik sendiridan tepung cornmeal di dalam mangkuk besar.
  2. manakala susu, putih telur, esen vanila, jagung, keju, daun bawang, garam dan lada sulah di bancuh di dalam mangkuk yang berasingan.
  3. cedok adunan basah ini ke dalam adunan tepung dan gaulkan hingga sebati.
  4. adunan yang sudah siap, dicedokkan dengan pencedok ais krim dam masukkan ke dlm cawan kertasyang sudah disusun di dalm acuan mufin.
adunan mufin jagung perlu dibakar selama 20 hingga 25 minit.

sampai sini sahaja .wassalamualaikum.

Sunday, September 12, 2010

Bestnya raya...Tapi..

Assalamualaikum..

Sudah lama ana tak menulis. Rindu rasanya nak tulis hari ini. Ana rasa mesti semua orang seronok bila raya. Bukan seronok melawat saudara mara tapi seronok nak dapat duit raya. Ana rasa ana tak salah anggap lah kan. Sebab betullah semua orang yang ana tengok zaman sekarang macam tuh, termasuklah ana sendiri.

Tapi yang penting pagi raya ialah kita bersyukur kepada allah kerana kita dapat berjumpa lagi dengan hari raya tahun ini. Lagi satu sewaktu kita mandi raya kita disunatkan berniat : sahaja aku mandi sunat hari raya aidilfitri kerana allah swt. Macam ustazah pulakkan.

Ana rasa mesti duit raya anda semua dah beratus-ratus ringgit kan.? HMMM

Semoga anda semua dan juga ana dapat berjumapa dengan hari raya dan puasa tahun depan. eeemmm... Sahabat rasulullah dulu kan bila habis puasa dia sedih sebab dia takut dia tak dapat jumpa dengan puasa tahun depannya. tapi kalau kita macam mana?

Lain dari yang lain kan.

wassalamualaikum..

Friday, August 6, 2010

Aminah Bunga Kaum Quraisy.

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin menceritakan kisah RASULULLAH iaitu nabi kita. Nama ibunya ialah: Aminah bt Wuhaib. Sewaktu kecil Aminah adalah budak yang comel dan pandai berkata -kata. Kaum quraisy sangat menyukai beliau. Aminah rapat dengan Halah sewaktu kecil hingga besar. Kawan-kawannya sangat suka bermain dengan beliau. Setiap petang beliau diajak bermain.

Apabila Halah sudah menikah bersama Abdul Mutalib beliau sangat sedih kerana beliau tidak dapat melihat Halah setiap hari dan tidak dapat berborak selalu. Rumah Halah jauh sedikit dari rumah Wuhaib. Suatu hari Abdul Mutalib tidak bercakap dan asyik kehulur -hilir. Halah bertanya kepada suaminya kenapa begitu. Tetapi Abdul Mutalib tidak menjawab. Rupa-rupanya Abdul Mutalib tengah memikirkan tentang mahu menjodohkan Abdullah dan Aminah. Halah segera pergi ke rumah Wuhaib untuk mengatakan keinginan hatinya dan juga suaminya.

Selepas kejadian itu, ramai pemuda-pemuda yang ingin melamar Aminah tetapi Wuhaib menolak dengan baik termasuk adik-adiknya dan pembesar-pembesar quraisy . Wuhaib berbuat begitu kerana beliau ingin tunggu Abdul Mutalib datang melamar Aminah. Tetapi Abdul Mutalib tidak datang-datang juga. Suatu hari Abdul Mutalib datang ke rumah Wuhaib. Dia datang meminang Aminah. Aminah malu apaila ditanya adakah beliau setuju dengan cadangan Abdul Mutalib.

Masa yang ditunggu-tunggu oleh Abdullah dan Aminah iaitu perkahwinwn mereka. Majlis perkahwinan mereka sangat meriah. Pada malamnya Abdullah tidur di rumah Wuhaib iaitu rumah pengantin perempuan.

Dipindikkan cerita tidak lama selepas mereka berkahwin abdullah akan mengikut rombongan dagangan pergi ke Syam. Apabila perjalanan pulang Abdullah jatuh sakit beliau duduk di rumah ayah saudaranya. tidak lama kemudian beliau meninggal dunia di Yaman. Aminah berasa sangat sedih. Sewaktu suaminya meninggal dunia Aminah sedang mengandungkan Nabi Muhammad iaitu nabi akhir zaman.

Aminah meninggal dunia di dalam perjalanan beliau barsama Nabi Muhammad pulang ke makkah. Selepas menziarahi kubur suaminya di Yman.

Kalau mahu tahu lebih lanjut dapatkan buku "AMINAH BUNGA KAUM QURAISH".

wassalamualaikum..

Saturday, June 19, 2010

Kem Motivasi Remaja..

Imtihan...

Assalamualaikum...

Ana ingin tanya anda semua apa makna imtihan?
Imtihan ialah ujian. Tetapi imtihan yang dimaksudkan di dalam gambar ini ialah : usaha kita.

Apabila kita berusaha insyaallah allah beri kita kejayaan.
Kita tidak boleh mengatakan usaha itu susah atau letih. Kerana selepas kita berusaha allah akan berikan kita kejayaan.

Wassalamualaikum..

Sunday, June 13, 2010

Budak Span Dan Kasut Saraf.


Assalamualaikum...

Hari ini ana ingin menceritakan sambungan buku "KEM CHIMERA" . Buku ini ialah jilid 1, manakala "KEM CHIMERA" adalah jilid 2 kenapa? Sabar baca dulu cerita ana.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada seorang budak namanya Bakti umurnya 10 tahun,dia selalu diejek oleh kawan-kawannyakerana penyakitnya. Badan Bakti akan mengembang apabila terendam lama di dalam air, itulah penyakitnya. Suatu hari, Bakti terjumpa sepasang kasut. Bakti sangat sayang akan kasut itu, kerana apabila dia memakai kasut itu di dalam air badannya tidak akan mengembang.
Kalau nak tahu lebih lanjut sila beli.
Wassalamualaikum...

Friday, June 11, 2010

Abiku sayang..



Assalamualaikum...
Ini abi ana. Nama abi ana ialah: Rosazli Bin Md.Yasin. Abiku berasal dari melaka. Dia mempunyai 5 orang aik beradik. Abiku berkerja sebagai guru di Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar. Abiku berumur 33 tahun. abiku seorang yang tegas dalam sesetengah perkara. Tetapi kadang -kala dia baik.

Dia mempunyai 2 orang isteri. Dia mempunyai 6 orang anak. Isteri pertamanya sudah meninggal dunia sewaktu melahirkan anaknya yang ke enam. Anaknya ialah: Nur Nasihah, Nur Nadhirah, Muhammad Mustaqim, Muhammad Muzakkir, Nur Nasriyah dan Muhammad Miqdam.

dia mempunyai blog. Blog dia ialah: sazliansari.blogspot.com
Sampai sini sajalah saya menulis.
Wassalamualaikum...

Wednesday, March 10, 2010

Ummiku sayang.


Assalamualaikum....
Hari ini ana ingin menceritakan kepada anda tentang ummi ana. Ana ada 2 orang ummi. Arwah ummi kandung ana bernama : Norizan bt Jaffar. Ummi kedua ana bernama : Aida Rosniza bt Safiee. Arwah ummi ana berumur 33 tahun. Ummi kedua ana berumur 30 tahun. Arwah ummi ana berkerja sebagai guru. Ummi kedua ana berkerja sebaai akaunt Klinik Mesra.



wassalamualaikum.... ummi 1 ummi 2

Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul....Bermula..


Assalamualaikum....
Apa khabar anda disana? Hari ini ana ingin berkongsi berkenaan "MAULIDUR RASUL". Anda tahu apa makna MAULIDUR RASUL? Maulidur rasul bermakna kelahiran nabi yang kita sayangi iaitu " Nabi Muhammad Saw." Nabi Muhammad lahir pada 12 Rabiulawwal tahun gajah. Semasa kelahiran Nabi Muhammad datangnya Abrahah untuk menyerang kaabah tetapi tidak berjaya kerana allah menggutuskan sekumpulan ababil yang membawa 3 batu dari neraka. Ababil meletakkan batu-batu itu di paruh, di kaki kanan dan di kaki kiri mereka. Semasa Abdullah iaitu bapa Nabi Muhammad meninggal Nabi Muhammad berada di dalam kandungan ibunya semasa itu beliau berumur 6 bulan. Semasa beliau lahir penuh cahaya yang masuk dari tingkap-tingkap dan di negara Rom runtuh banggunan-bangunan yang tinggi. Selepas beliau di lahirkan datuknya membawa beliau mengilingi kaabah. Selepas beberapa hari beliau lahir beliau tinggal bersama ibu susuannya semasa dia duduk bersama ibu susuannya segala ternakan ibu susuannya semakin meningkat.
Wassalamualaikum...

Monday, February 15, 2010

Adikku Miqdam...



Assalamualaikum...
Hari ini ana ingin cerita pasal adik bongsu ana. Dia berada di Melaka bersama nenek ana dan atok ana. Nama penuhnya ialah Muhammad Miqdam bin Rosazli. Dia lahir pada 19 .10 . 2008. Dia lahir di Hospital Putrajaya. Ini gambar dia sewaktu hari raya tahun lepas. Ana ambil dalam blog ayah ana. Umurnya sekarang ialah 1 tahun 4 bulan. Dia sudah pandai berjalan tau dia pun dah pandai merajuk. Dia selalu merajuk kalau nenek ana tak bagi sesuatu yang dia nak. Ana sekarang ini dah tak selalu dah balik kampung jenguk dia sebab ayah ana selalu sibuk dan ana pun selalu ada banyak kerja rumah. Maklumlah ana dah meningkat darjah 5. Ana rasa tahun depan lagi selalu ana tak balik jenguk dia sebab tahun depan ana kena pergi asrama dekat Pulau Pinang. Sampai sini jelah ana cerita ya tak larat nak cerita panjang-panjang....
wabillahitaufikwahidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Friday, February 5, 2010

Novel Janji Anak Yatim.

Assalamualaikum.....
Hari ini ana ingin berkongsi cerita yang ana telah baca. Nama novel itu ialah : JANJI ANAK YATIM novel itu ditulis oleh Ida Rizyani dan Talhah. Best tau baca novel ini. Kalau tak percaya cubalah beli dan baca.
Buku ini kisah orang susah yang mempunyai anak yang ramai. Pada suatu hari ibu mereka sakit ayah mereka terus membawa ibunya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selang beberapa minggu sakit ibu mereka semakin menjadi -jadi dan selang beberapa hari ibu mereka pun meninggal dunia. Selepas ibu mereka sudah tiada dalam hidup mereka, hidup mereka semakin susah dan huru-hara. Pada suatu hari, ayah mereka bercadang supaya adik mereka yang bongsu dihantar ke Kuala Lumpur ke rumah pak cik mereka supaya tidak tertinggal mata pelajaran yang penting buatnya. Tetapi adik mereka menolak. Tetapi ayah mereka paksa juga supaya pergi dan akhir sekali adik mereka akur. Akhir sekali adik mereka berjaya masuk ke asrama penuh.
Wassalamualaikum

Friday, January 8, 2010

Sambungan Kem Chimera ..

Assalamaulamualaikum......
Ini saya ingin menyambung semula cerita saya yang tidak dihabiskan lagi. Selepas normah dan budak-budak yang lain itu telah dimasukkan ke dalam tempat kajian merekapun keluar dan meneruskan program itu dengan muka seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Tetapi Mimi yang telah melihat kejadian itu dia berasa tidak sedap hati terhadap kawannya itu. Pada malam itu Bakti telah mengatakan kepada Mimi dan Charlie supaya tidak minum teh yang telah disediakan disitu. Selepas mereka mendapati semua kawan-kawan mereka disitu telah tidur merekapun keluar untuk ke banggunan asrama jurulatih mereka mengintip-ngintip didalam asrama itu mereka ingin memastikan bahawa tiada jurulatih didalam itu. Supaya mereka lebih senang untuk masuk kebawah tanah. Tiba-tiba mereka terserempah dengan dua orang jurulatih yang meronda pada malam itu. Mereka terus masuk ke asrama masing-masing. Pada keesokan harinya jurulatih mereka telah mengadakan lumba lari Bakti dan Charlie dikehendaki berlari disekeliling hutan. Semasa mereka berlari mereka ingin mencari pokok yang akan memngubat kawan-kawan mereka yang telah di tahan dibilik bawah tanah yang akan dikaji. Mereka berdua telah mendapatkan ubat itu. Pada pusingan kedua pelarian mereka berdua pergi ke bilik bawah tanah selepas jurulatih telah meninggalkan bilik itu. Sewaktu itu mereka telah melepaskan Obie supaya Obie dapat menyelesaikan masaalah itu. Mereka telah memberi ubat minum itu kepada semua mangsa yang telah dikaji tetapi tidak berjaya. Selepas mereka keluar mengikut bot yang ada di dalam bilik Obie duduk. Semua mangsa yang telah dilepaskan kelaparan dan telah tertidur. Obie,Bakti dan juga Charlie sedang mencari alat yang boleh melapaskan mereka dari situ. Mereka telah terjumpa sebuah jam. Tertulis di atas jam itu sesiapa yang memakai jam itu akan selamat daripada segala kecemasan. Mereka terus mengejutkan mangsa-mangsa itu untuk memakai jam itu dan terus berlari menuju ke pintu pagar yang telah menjadi tembok. Bakti telah menghantar kereta kontrolnya yang berisi jam supaya Mimi memakaikan jam itu kepada semua mangsa -mangsa yang telah dikurung di dewan makan dan terus menuju ke pintu pagar dan jangan mengindahkan geng yang berkuda menuju ke arah mereka. Selepas mereka semua telah berkumpul disitu Baktipun mengaembangkan dirinya supaya dapat melawan geng jahat itu. Selepas itu tempat kem itu pun terbakar dan Bakti pun menangis kerana Chimera telah mati.mereka semua yang telah menghilang beberapa tahun telah balik dan gembira di rumah masing-masing.
TAMAT...
wassalamualaikum.