Thursday, November 18, 2010

RESIPI MUFIN MANJA

Assalamualaikum.

Hari ini ana ingin berkongsi tentang resipi di dalam buku yang telah ana baca iaitu MUFIN MANJA.Didalam buku ini ada berbagai mufin contohnya:
Mufin Pandan, Mufin Coklat, Mufin Jagung dan banyak lagi.

Tetapi hari ini ana ingin berkongsi resipi MUFIM JAGUNG.



Bahan-bahannya ialah:

  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung cornmeal
  • 1 1/2 cawan susu
  • 2 biji putih telur gred A
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1 1/2 cawan butir jagung beku, dinyahbekukan
  • 1/2 keju cheddar parut
  • 2 helai daun bawangdihiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • serbuk lada sulah
cara-cara:

  1. campurkan tepung naik sendiridan tepung cornmeal di dalam mangkuk besar.
  2. manakala susu, putih telur, esen vanila, jagung, keju, daun bawang, garam dan lada sulah di bancuh di dalam mangkuk yang berasingan.
  3. cedok adunan basah ini ke dalam adunan tepung dan gaulkan hingga sebati.
  4. adunan yang sudah siap, dicedokkan dengan pencedok ais krim dam masukkan ke dlm cawan kertasyang sudah disusun di dalm acuan mufin.
adunan mufin jagung perlu dibakar selama 20 hingga 25 minit.

sampai sini sahaja .wassalamualaikum.