Friday, July 6, 2012

PESTA RAMADHAN..

Catatan puasa... 1. Bagi orang berpuasa itu, baginya 2 kegembiraan... 1)Ketika berbuka dan 2) ketika berjumpa Allah kelak. Kegembiraan itu bukan sementara tapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya di dunia ini, dan bukan hanya di waktu berpuasa, tapi sepanjang hidup orang yang berpuasa itu justeru wajar merasakan kegembiraan ini di sepanjang hayatnya sehingga pertemuannya dengan Allah swt... Subhanallah. Dalam hati seorang mukmin : Masya Allah, kenapa perlu aku bermuram durja hari ni? Sedangkan aku berpuasa... bukankah puasa itu satu perkara yang perlu digembirakan? 2. Satu lagi kegembiraan ialah ketika menunaikan solat terawikh. Perlu difahami oleh setiap muslim bahawa terawikh itu bermaksud duduk bersenang-senang atau berehat. Nah... apa yang perlu dikeluhkan? 8 atau 20? Geleng-geleng kepala. Ketuk dahi sendiri. Ia yakni terawikh dapat merehatkan anggota perut yang telah diisi dengan segala macam juadah berbuka... Tenang2 lah perut, Bulan Ramadhan ini, bulan kamu menjadi organ terhormat... Dalam hati seorang mukmin : Maha Suci Allah. Setiap syariat yang dianjurkan-Nya itu tidak lain untuk kebaikan hamba-hambaMu sendiri... Masihkah ragu2 dengan cinta dan kasih sayang-Nya?? 3. Al-Quran menjadi hiburan orang-orang yang berpuasa. Manakan tidak? Ayat-ayatnya adalah rahmat yang menenangkan jiwa setiap orang mukmin... Ketahuilah, hati yang sentiasa disirami kalamullah akan menjadi tersangat lunak langsung diterangi cahaya petunjuk hidayahNya, lantas disinari rahmat dan berkah daripadaNya... Dalam hati seorang mukmin : Tiada ayat yang lebih agung dari ayat-ayat cintaMu ya Allah... cintaNya Engkau pada hambaMu, sehingga pelbagai khazanah alam ini Kau bentangkan buat si hamba... Alam dunia. Alam akhirat. Alam Barzakh. Padang Mahsyar. Sayangnya Engkau pada hambaMu. Hanya Engkaulah yang layak memuji diriMu... dengan kalimat-kalimat agung dan bahasa yang maha indah... aku bersyukur atas mukjizat buat NabiMu ini... Alhamdulillah3x... Rezekikan aku untuk memahami dan menghayati isi kandungannya. Moga Ia menjadi hujjah ku dihadapanMu kelak...

No comments:

Post a Comment