Friday, January 8, 2010

Sambungan Kem Chimera ..

Assalamaulamualaikum......
Ini saya ingin menyambung semula cerita saya yang tidak dihabiskan lagi. Selepas normah dan budak-budak yang lain itu telah dimasukkan ke dalam tempat kajian merekapun keluar dan meneruskan program itu dengan muka seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Tetapi Mimi yang telah melihat kejadian itu dia berasa tidak sedap hati terhadap kawannya itu. Pada malam itu Bakti telah mengatakan kepada Mimi dan Charlie supaya tidak minum teh yang telah disediakan disitu. Selepas mereka mendapati semua kawan-kawan mereka disitu telah tidur merekapun keluar untuk ke banggunan asrama jurulatih mereka mengintip-ngintip didalam asrama itu mereka ingin memastikan bahawa tiada jurulatih didalam itu. Supaya mereka lebih senang untuk masuk kebawah tanah. Tiba-tiba mereka terserempah dengan dua orang jurulatih yang meronda pada malam itu. Mereka terus masuk ke asrama masing-masing. Pada keesokan harinya jurulatih mereka telah mengadakan lumba lari Bakti dan Charlie dikehendaki berlari disekeliling hutan. Semasa mereka berlari mereka ingin mencari pokok yang akan memngubat kawan-kawan mereka yang telah di tahan dibilik bawah tanah yang akan dikaji. Mereka berdua telah mendapatkan ubat itu. Pada pusingan kedua pelarian mereka berdua pergi ke bilik bawah tanah selepas jurulatih telah meninggalkan bilik itu. Sewaktu itu mereka telah melepaskan Obie supaya Obie dapat menyelesaikan masaalah itu. Mereka telah memberi ubat minum itu kepada semua mangsa yang telah dikaji tetapi tidak berjaya. Selepas mereka keluar mengikut bot yang ada di dalam bilik Obie duduk. Semua mangsa yang telah dilepaskan kelaparan dan telah tertidur. Obie,Bakti dan juga Charlie sedang mencari alat yang boleh melapaskan mereka dari situ. Mereka telah terjumpa sebuah jam. Tertulis di atas jam itu sesiapa yang memakai jam itu akan selamat daripada segala kecemasan. Mereka terus mengejutkan mangsa-mangsa itu untuk memakai jam itu dan terus berlari menuju ke pintu pagar yang telah menjadi tembok. Bakti telah menghantar kereta kontrolnya yang berisi jam supaya Mimi memakaikan jam itu kepada semua mangsa -mangsa yang telah dikurung di dewan makan dan terus menuju ke pintu pagar dan jangan mengindahkan geng yang berkuda menuju ke arah mereka. Selepas mereka semua telah berkumpul disitu Baktipun mengaembangkan dirinya supaya dapat melawan geng jahat itu. Selepas itu tempat kem itu pun terbakar dan Bakti pun menangis kerana Chimera telah mati.mereka semua yang telah menghilang beberapa tahun telah balik dan gembira di rumah masing-masing.
TAMAT...
wassalamualaikum.