Tuesday, December 29, 2009

Budak span dan Kem Chimera ..

Assalamualaikum...
Disini saya mahu menceritakan buku novel yang telah saya baca. Buku ini menceritakan seorang yang bernama Bakti. Bakti itu seorang budak yang boleh bertukar menjadi seperti span apabila dia terkena air.
Pada suatu hari, dia dan kawak-kawannya berancang ingin pergi ke kem bina diri yang telah diadakan di Kem Chimera. Mereka telah dapat satu brouser yang telah diedarkan di sekolah mereka. Apabila Bakti pulang dari sekolah dia menyatakan hasratnya itu kepada ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya tidak mengizinkannya pergi kerana mereka takut terjadi apa-apa. Kerana Bakti itu lain dari yang lain. Dia merajuk dari pagi hingga ke petang. pada malam itu ibunya memujuk dia turun makan tetapi dia tetap tidak mahu. Selepas itu abangnya pula yang memujuk abangnya mengatakan ibunya memasak makanan kegemarannya iaitu, laksa. Selepas itu dia terus turun makan. Sewaktu dia makan dia bertanya semula kepada ibu dan bapanya tetapi mereka tetap tidak mengizinkan dia pergi. Bakti terus melarikan dirinya ke luar pagar. Tiba-tiba Charlie lalu dihadapannya charlie bertanya adakah Bakti dapat pergi ke kem itu? Baktipun mengatakan yang ibu dan ayahnya tidak mengizinkan dia pergi kerana mereka risauakan keadaan Bakti itu. Charlie mengeluh sedikit selepas dia terdengar jawapan Bakti itu. Charlie telah memberitahu perkara itu kepada kawan-kawan yang lain merekapun mengeluh kecil. Tiba-tiba Bakti terdengar suara orang meminta pertolongan rupa-rupanya itu suara ibunya. Dia terus masuk menuju ke arah ibunya yang dikepung dengan api. Bakti terus menuju ke bilik air dan merendam tangannya supaya dipenuhi dengan air. Dia terus menuju kearah api itu dan menyemburkan air yang berada di dalam tangannya yang dipenuhi air itu. Selepas api itu telah reda dan tangan Bakti telah surut dia terus naik kebiliknya dan dia buat-buat tidur.Apabila ayahnya naik melihatnya di bilik ayahnya barkata kepadanya yang ayah mangizinkan dia pergi ke kem itu. Apabila ayahnya telah keluar dari biliknya itu dia terus menghantar 'SMS' kepada kawan-kawannya yang ayahnya mengizinkan dia pergi ke kam itu. Tibalah masa yang ditunggu-tunggukan oleh Bakti dan kawan-kawannya.Charlie pelik kerana Bakti tidak sampai-sampai adakah bakti tidak boleh datang kesini? Tiba-tiba dia terde ngar suatu suara dari arah belakang nya. Hai kawan-kawan! jeri Bakti. Mereka semua tergelak melihat pakaian Bakti yangagak pelik itu. Bakti mengatakan itulah pakaian anak melayu. Selesai mereka daftar mereka dikehendaki berehat sebentar didalam asrama yang telah disediakan disitu. Selepas berehat mereka semua menuju ke dewan makan, dewan besar unuk menguji darah mereka dan orang yang darah nya A ataupun C terpaksa dibawa pulang. Sewaktu minum malam mereka dikehendaki minum air teh yang telah disediakan disitu kerana air teh itu telah dicampurkan dengan ubat tidur supaya mereka semua tidur tidak sedarkan diri kerana pekerja kem itu akan mencuru 3 orang budak setiap malam untuk di kaji. Pada malam itu Mimi ternampak 2 orang lelaki menyuntik Normah kawannya dan membawanya ke bilik bawah tanah untuk dikaji.

No comments:

Post a Comment