Monday, December 28, 2009

adik ku istimewa..


Assalamualaikum....
Ni ana nak cerita pasal buku yang ana baca tajuknya ialah : ADIKKU ISTIMEWA. Hero dalam buku ini ialah, adik dia yang cacat 'sindrom down'. Best tau cerita dia. Ada yang sedih, ada yang marah dan ada yang takut.

Nama dia : siti hartini zulaikha bt.hamzah. Dia mempunyai 2 orang adik. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Pada suatu hari ayah nya menelefon dia. Ayah nya memberitahu bahawa ibunya disahkan mengandung. Bebulan-bulan kemudian mak dia pun telah melahirkan adik nya. Nama adik dia ialah : siti mariam. Adik dia tu lah yang cacat 'sindrom down' dan jantung berlubang. Dia sungguh membencikan adiknya kerana adiknya cacat dan akan memalukan. Tetapi dia tidak tahu bahawa adiknya itu sungguh bijak dan telah menyelamatkan dia. Dia membencikan adik nya itu sampai pelajarannya semakin merusut.

Pada suatu hari,sewaktu dia dan ibu nya pergi ke rumah orang untuk menolong membuat majlis. Adiknya tiba -tiba hilang. Tetapi rupa-rupanya ayah dia membawa adiknya itu pergi ke kedai membeli Snek. Dan suatu hari sewaktu ayah dia pergi ke pining rumah dia telah dimasuki 2 orang perompak. Sewaktu itu dia dan ibunya berasa amat cemas. Dia telah menyorokkan adiknya Siti Mariam dan juga Ija di belakang kusyen dan dia telah menggarahkan Haikal supaya memanggil Pak Mat kalau terjadi apa-apa. Tiba-tiba sahaja dia terdengar ibunya menjerit meminta pertolongan. Dia terus menyuruh Haikal memanggil Pak Mat. Haikal terus berlari keluar tetapi tidak sempat kerana perompak itu berjaya menanggkapnya. Sewaktu perompak itu berada di dapur bersama dengan dia dan adik dan juga ibunya ,rupa-rupanya Ija dan Siti Mariam telah keluar untuk memanggil Pak Mat. Dalam perjalanan ke rumah Pak Mat, Ija terjatuh dan kaki nya tersangkut di akar pokok. Ija menyuruh dan menunjuk-nunjuk arah rumah Pak Mat kepada Siti Mariam dan menyuruh Siti Mariam supaya memanggil Pak Mat. Selepas kejadian malam itu dia pun sedar tidak perlu dia membanci adiknya kerana adik nya yang telah menyelamatkan nya tempoh hari dia juga berasa menyesal kerana dia tidak memberitahu kawan-kawannya tentang adiknya itu..
wassalamualaikum..

No comments:

Post a Comment