Friday, February 5, 2010

Novel Janji Anak Yatim.

Assalamualaikum.....
Hari ini ana ingin berkongsi cerita yang ana telah baca. Nama novel itu ialah : JANJI ANAK YATIM novel itu ditulis oleh Ida Rizyani dan Talhah. Best tau baca novel ini. Kalau tak percaya cubalah beli dan baca.
Buku ini kisah orang susah yang mempunyai anak yang ramai. Pada suatu hari ibu mereka sakit ayah mereka terus membawa ibunya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selang beberapa minggu sakit ibu mereka semakin menjadi -jadi dan selang beberapa hari ibu mereka pun meninggal dunia. Selepas ibu mereka sudah tiada dalam hidup mereka, hidup mereka semakin susah dan huru-hara. Pada suatu hari, ayah mereka bercadang supaya adik mereka yang bongsu dihantar ke Kuala Lumpur ke rumah pak cik mereka supaya tidak tertinggal mata pelajaran yang penting buatnya. Tetapi adik mereka menolak. Tetapi ayah mereka paksa juga supaya pergi dan akhir sekali adik mereka akur. Akhir sekali adik mereka berjaya masuk ke asrama penuh.
Wassalamualaikum

No comments:

Post a Comment